Tiada kata sebaik kata2 dibawah untuk meluahkan kata2 terpendam selama ini.
Maafkan aku wahai sahabat andai aku tidak menegur kalian. Hati aku membenci apa kalian lakukan, tapi aku hanya mampu menasihati dari jauh. Aku hanya mampu mengalirkn air mata menahan amarah apabila kau tidak mampu memahami kenapa aku diam membisu dalam membenci tindakan kalian walaupun sudah banyak kali menegur. Diam aku bukan kerana benci pada kalian, tetapi marah aku pada perbuatan kalian. Bukan kerana aku dengki, tapi kerana sebuah kasih sayang aku pada kalian.
Pesan untuk diri dan sahabat-sahabat:
1) Jaga solat, solat tepat waktunya,jgn jadikan solat sebagai beban untuk mengerjakannya.
2) Jaga aurat. Sudah tahu hukum hakamnya, ikutilah ia..jgn hukum2 itu menghukum kita kelak.
3) Berpada-padalah bila berhibur. Masih banyak lagi cara yang halal untuk berhibur sekaligus melapangkan dada kita. Semoga kita tidak tersilap langkah dalam perjalanan ini
4) Ingatlah walaupun ibubapa kita tidak mengetahui apa yang kita lakukan, namun Allah itu Maha MELIHAT.
5) Setiap ujian itu datangnya bersama hikmah-hikmahnya, kita perlu memikirkannya dan selalu berfikiran positif..
Bermujahadahlah wahai sahabat pembaca budiman. Jagalah kesucian syariat agama kita. Biarlah diri dicemuh, mahupun disisihkan, asalkan hatimu, agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah Taala. Amin
salam perjuangan...
ReplyDeleteinshaAllah..bykkn berdoa juga agar sahabat2 mndapat hidayah Nya..jalan dakwah jalan yang penuh liku2 sabarlah mhadapinya.
Wasalam..inshaAllah..sama2 kita doakan
ReplyDelete