aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 27, 2009

Sayang tulis betul-betul

Rasanya begitu cepat masa berjalan kerana cuti semester hanya berbaki beberapa hari lagi. Kalau boleh jadi mcm daroemon , boleh putar waktu, sayalah org pertama menggunakan alat itu!

Tadi kat surau ustaz bagi tazkirah pasal nabi musa dan nabi isa. Biasanya saya akan menulis kerana saya rasa sangat lost bila tak mencatat jika di majlis ilmu. Tapi hari ini, adik saya ikut sekali dan dia nak sangat menulis. So, saya bagi jela buku catatan saya tu.

Bila dia mula menulis saya hanya memerhati sahaja. Perhati dari segi tulisan dan cara dia mencatat. Rasa nak komen banyak je. Tapi saya tahan dulu. Lagipun dia jarang ke surau dan mencatat semasa tazkirah disampaikan. Oleh itu saya memberi dia peluang untuk menulis dan mencatat.


Apabila dah masuk muka surat dua dia menulis, ada satu perkataan yang saya geram sangat cara penulisannya. Dia tulisan short form dalam bentuk bahasa sms.

dia = yew

" Kenapa tulis macam tu. Tulis betul-betul la "

Dia senyum dan terus menukarkannya dalam bentuk asal.

Kali kedua, saya menegurnya sebab salah ejaan . Dia menulis nabi muhammad dengan ejaan mohd. Suka-suka dia je.

Bagi saya, semua tu penting. Saya ambik pen dan buku dan terus menulis nabi muhammad dalam bentuk jawi.

Saya pesan, lain kali tulis la baik-baik, tu kan ilmu.

"Patutlah dapat B BM hari tu" saya memerlinya yang mendapat B untuk 2 subjek. Tak kisah sangat B untuk subjek bahasa inggeris. Tapi naik geram bila b dalam bahasa melayu juga. Subjek lain yang payah tu ,bole pula dia dapat A.

Saya bukanlah MRS PERFECT. Tapi nak buat ayat janganlah terlalu shorform n tukar terus dari bentuk asal.

Saya juga pelajar. Kalau di dalam kelas, saya masih juga menggunakan short form. Tapi takde la sampai dia jadi yew... bilangan patah sama je, etah apa di banggakan guna perkataan tu. Kesan PPSMI ker? =P

Pasal tazkirah tadi, ustaz ada pesan yang kita sepatutnya menyebarkan kepada orang di sekeliling kita. Sekarang banyak cara yang boleh kita buat. Contoh ustaz ambik tadi simple saje. Dia cakap hanya hantar sms kat kawan-kawan sebelum ke surau dengan mengajak kawan-kawan ke surau. Dalam bila balik, bercerita pula kepada keluarga atau menulis dalam pelbagai bentuk.

Indahnya islam itu apabila kita mendalaminya dan mengamalkannya.

Alhamdulillah dah siap satu post. Susah benar nak menaip untuk blog ini sekarang ini.





2 comments:

  1. selamat mendalami ilmu dan selamat beramal... :)

    ReplyDelete
  2. inshaAllah..sama2 kita pertingkatkan ilmu dan amal.

    ReplyDelete