aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 16, 2009

Genap seminggu bercuti


Malam ni saya kuatkan diri, cabar diri untuk menaip untuk satu post disini.

Kadang-kadang , dengan mencabar diri kita adalah satu perbuatan yang dapat mengelakkan sifat malas menyelubungi diri.

Contohnya apa yang say buat sekarang. Saya cabar diri sendiri untuk menaip untuk blog ini. Bukan sahaja menaip kosong tapi mungkin sekadar satu pengkongsian untuk anda semua.

Seperti selalunya pelajar-pelajar, apabila time study week ramai menanam azam n bermacam2 plan untuk dilaksanakan masa cuti. Namun tak ramai yang betul-betul melaksanakan apa yang dirancang mereka. Memangla semuanya dpt dikotakan hanya dengan keizinanNya, namun jika kita tidak berusaha ke arah untuk mencapai apa yang kita rancangkan, mana mungkin hasrat itu tercapai.

Sebelum saya pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti semester saya ini, saya diingatkan sahabat2 saya yang supaya menggunakan masa ini untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan membaca buku-buku ilmiah dan membuat apa sahaja yang boleh mendatangkan faedah pada diri dan juga org sekeliling kita.

Selain itu, sahabat2 saya mengatakan sekarang adalah masa paling sesuai kerana masa kita kerja , kita mungkin tidak ada waktu seperti ini lagi.

Makcik pula berpesan agar buka kembali buku2 sirah nabi untuk jadikan panduan hidup kita nanti.

Sejak saya balik ni, saya lebih banyak baca makanan rohani dari blog2 di internet jer, buku2 yang saya dah kumpulkan untuk baca , saya hanya mampu menyelaknya, inshaALLAH, saya bertekad untuk membacanya mulai esok.

p/s: SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU YANG PERNAH MENGAJAR SAYA TERUTAMANYA CIKGU ZAKIAH SMKBANDAR , CIKGU RUSTAM SK PASIR PANJANG. dan untuk diri sendiri juga yang bakal seorang guru..inshaAllah..heppy teacher day..smoga kalian semua dirahmahti dan diredhaiNya..amin..

1 comment:

  1. teruskan usaha anda...
    selamat bercuti, tapi jangan cuti daripada segala-galanya... :)

    ReplyDelete