aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 22, 2009

SAMBEST

Assalamualaikum..

2 hari lepas saya mendapat satu sms yang mengatakan saya dapat praktikal di Sekolah Menengah Agama Bestari Subang Jaya (SAMBEST). Satu kejutan besar bagi saya kerana saya langsung tidak menyangka mendapat sekolah itu. Disana nanti saya dikehendaki mengajar subjek "general science" agak berbeza dgn bidang yang saya ambik iaitu kimia. Saya redha dengan takdir itu.

Macam tak percaya saya bakal bergelar seorang guru walaupun guru praktikal yang bakal mengajar anak bangsa.

Macam mana lah agaknya suasana sekolah itu, sebelum ini saya belum pernah berpengalaman belajar di sekolah berasrama mahupun sekolah agama. Mungkin banyak perbezaan dari segi pentadbiran dan budaya sekolah itu sendiri.

2 comments:

  1. selamat berjuang wahai serikandi pejuang bangsa... agama dan negara.
    semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. inshaAllah...amin

    saya sahut takdir ini sebagai satu cabaran

    ReplyDelete