aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 25, 2010

Mari menaip dengan suka hati

Hari terperasan banyak blog-blog yang dulunya memang feveret saya duk baca, dah banyak yang slow down slow down..dan terus macam tak update langsung. Rasanya banyak sebab atau faktor yang menyumbang pada faktor mereka tak update.

1. Dah berkerja

Bila dah berkerja, banyak komitmen lain yang merantai diri mereka untuk menaip menaip di blog masing-masing dengan perasaan yang tenang lagi bersemangaat.

Zaman belajar , banyak idea rasanya berbanding zaman bekerja. Mungkin, sebabnya bila masuk kelas, dan lecturer potpet...banyak gak contribute idea untuk menjana idea di blog. Lagi satu, bila berkelompok dengan kawan-kawan yang sama belajar. Yang otak kepala pun lebih kurang, banyak idea nak divbincangkan nak dikupas.

Tetapi kalau bekerja, kita akan bertemu dengan mcm2 manusia.. Yang mungkin contribute pada pening kepala daripada menjana idea..hehe...hMM..depend pada kerja la kut.

Sepatutnya, jumpa manusia yang pelbagai, boleh mejana lagi idea kan?....tetttttt

2. Facebook

Sejak zaman laman sosial FB ni berleluasa, dah ramai nenek2, atuk2 , mak2, ayah2 dan yang kecik2 tu, mengupdate tentang diri mereka di FB je. So, yang ada blog pun, ramai lebih suka update kat fb je la. Yela, lagi senang kut. Lagi banyak komen. Lagi banyak interaksi..Hmm gitu agaknya.

3. Dah bekerluarga

Semestinya masa bersama keluarga adalah lebih diidamkan berbanding didepan laptop. Membisu.

sO, masa bersama laptop dan menaip menaip ini dan kurang. Tapi yang berjaya memyimbangkannya..ANDA LAH juara kampung !..:))

Ok lah..Itu sahaja sebelum memasak..hari ini nak masak ape..tanye ketua CEO dapur dulu...:)

Friday, October 22, 2010

Sepanjang perjalanan naik bas.....

Lebih kurang waktu sebegini kul 230 petang , jumaat lepas, tibanya saya di kuantan Pahang.

Lama tak naik bas, rasa macam plek ada. Baru je 5 bulan x naik bas. Macam biasa, naik bas , tak tidur terus. Tengok pemandangan dari tingkap bas dulu.

Mula-mula fikir tak best je..sebab bas tu double seat. Masa naik tu, kosong lagi. Harap-harap yang naik tu perempuan la. Yela..kalau lelaki, banyak jenis sikit. Yang tak tahannya, bau rokok!.

Oh tak lih bla la kalau bau rokok.. Memang nak muntah terus ..Pernah je dulu, naik bas, dapat sebelah lelaki bau rokok. Sabar je..Nasib ade kain yang "wangi", boleh tutup mulut dan hidung sepanjang perjalanan tu. Moral value, kena bawak kain nak NAIK bas. Biasanya terus bawak kain batik..hehe..sesuai untuk tidur dan tutup badan bila kesejukan dalam bas. Dan efficient je la kalau nak buat mask kat muka :)

First time kut, menjejaki kuantan, Pahang. Sebelum ni hanya redah je. Tak turun dari kereta atau bas.

Hm..nak buat perbandingan sedikit.

Terengganu lagi CANTIK.

Sampai je kat stesen bas kuantan tu. Kawan saya jemput dan kami naik bas lagi. Best la..asyik naik bas je. hehe.Kiranya, dah selesai solat jamak qasar semua n sempat singgah g mydin jap pastu baru naik bas ke Felda..

Felda mana? Felda Chini..

Ni gak..kali pertama ke sane. Memang sebelum ni, tak pernah lalu pun ke sane.

Ok. agak jauh jugak la. Sepanjang jalan, kami potpet potpet .

Dalam bas tu, ramai betul bangla..oh...bau "bangla"...lama-lama ok..macam dan imun la plak. Tapi mulut saya tak lah jahat sangat nak maki hamun.

Tiba-tiba ada seorang mak cik ni cakap...

"Tak tahan la bau bangla ni.."

Dalam hati, ko cakap macam tu, macam bangla tu tak faham. Sabor je la. Kata naik bas. Public transport makcik!.

Pastu layan perasaan je dalam bas tu. Sempat gak tanya dalam hati..Ai, lame lagi ke?hehe..

Sebenarnya, best jugak la duk jalan-jalan naik public transport ni. Kita boleh dapat pengalaman macam-macam ada.

Satu lagi pasal konduktor bas. Bukan senang nak jadi konduktor bas kut. Kalau cerewet, tak tahu kawasan. tak pandai komunikasi..tak payahlah jadi konduktor bas. Nanti tesion je..

Tapi yang saya jumpe hari tu, konduktor bas yang boleh bagi 4 bintang.

Pakcik tu a.k.a konduktor bas tu..boleh faham bangla tu nak ape. Bukan die cakap bahasa bangla tuu. Tapi macam tanye soklan dan beri pilihan pada soalan tu..contohnya

"Nak pergi mana?...Chini ke?..A? B?..hheheh..

Macam gitu lah.. Bagus-bagus..one of the skills should teacher hav..nak encourage students jawab soalan. Bagilah sikit pilihan soalan. :)

Tak nak cakap pasal cikgu..closed!...

Ok lah..cukup lah sampai chini je cite, Nati sambung balik. Ni dah kire update yang berjaya..hehe.bukan senang nak update sekarang. oTak dah beku , ni KPM punyer pasal. Macam lambat je data-data nak memproses dalam otak ni. Dalam lame kebekuan kut..sabor je..

Monday, October 18, 2010

Sepanjang perjalanan

Baru je sampai dari perjalanan yang agak jauh dan banyak destinasi yang telah saya kunjungi.

Sunguh Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Perkara-perkara yang telah saya lalui sepanjang perjalanan itu telah membuka mata saya seluas-luasnya untuk berfikir.

Berfikir dan berfikir.

Saturday, October 9, 2010

Posting ?




Sampai detik sekarang. Panggilan penempatan untuk saya berkhidmat sebagai seorang guru belum lagi berkunjung tiba.

Minggu ini, sungguh tidak berkualiti rasanya hidup.

Salah satu sebabnya, fikiran saya terlalu fokus tentang bila dan bila keputusan penempatan itu nak keluar.

Sungguh misteri tempat posting saya.

Tak pernah saya rasa perasaan ingin tahu ini meluap-luap. Mungkin sebab terlalu lama menunggu.

Agak-agak saya dapat mana?..Pilihan pertama saya, of course la terengganu kan. Kedua selangor.

Agak2 dapat mana? Terengganu!..

Mungkin Pahang?

Atau Sabah?..Aish.Kalau mak baca blog ini, mesti mak dah marah . sebab dia cakap, cakap la mungkin mungkin tu..nanti dapat sabah sarawak, padam muka..

Doa saya tak ada nak negeri mana. Doa saya ringkas.

Saya mintak " Ya Allah berikanlah tempat posting terbaik untuk aku berkhidmat sebagai seorang guru "

Kerana Dia lebih tahu yang mana lebih baik.

Ke kita lebih bijak dari DIA?

Dia yang jadikan kita, mahu tidak mahu, yang mencipta lagi bijak dari hasil ciptaannya.

Jadi, dengan rendah hati, saya cuba lapangkan hati ini, untuk menerima segala kemungkinan.

Kemungkinan untuk jauh dari keluarga. Kemungkinan yang seribu kemungkinan itu.

Sekian....:)

Friday, October 8, 2010

Life


source : deviart

Life is not about having everything our own way whenever we want it-John Gray.

Hasil pembacaan hari ini. Adalah ayat diatas.

Sekian..wat summary?..nanti dulu..bagi saya hadam dulu..

Thursday, October 7, 2010

Mencairkan mentega

Macam mana nak mencairkan mentega ni?

Senang je, letak dalam periuk, pastu panaskan.

Kalau otak yang beku. Bagaimana nak bagi cair sikit?. Nak bagi bergerak sikit?

Salah satu sebab artikel yang bernama mencairkan mentega ini dikeluarkan adalah untuk mencari balik mood-mood menaip disini.

Rasanya, saban hari bila masuk blog. Asyik blank je..

Bila baca status-status orang kat facebook. Rasa macam ..hm..macam-macam. Ada yang boleh membangkitkan semangat, ada yang duk cerita macam-macam.

Kadang-kadang rasa gatal jugak tangan ni nak letak shout jugak. Tapi rasanya, kalau merepek tu rasanya, baik tak payah. Sekurang-kurangnya, shout yang boleh mengikat ukhwah , motivasi, bagi info dan sebagainya yang bermanfaat ok gak.

Nak hadam buku

Esok, bermulanya waktu saya balik ke gua saya.

Saya perlu fokus pada buku-buku yang saya pilih untuk hadam . Dah beli lama. Tapi biasanya baca helaiaan yang saya suka je. Suka hati kan?

Hm..dua-dua buku bahasa Inggeris. Memerlukan dictionary everytime kat tepi. Perlu fokus, perlu pertanda buku.

Kalau tak faham macam mane?..

Tu masalah gak tu. First buku tu, saya rasa tak susah sgt. Second buku tu bahaya sikit, sebab ada dalil-dalil lagi. Takut terpesong. Mungkin, kena berhati-hati sikit.


Perlu istiqamah!..

Ya perlu istiqamah. Dah lama sangat berfoya-foya ni. Tak boleh jadi ni. Dah abes puasa, dah abes raya. Rasanya baik saya fokus betul-betul pada pembacaan .

Sebenarnya banyak buku-buku untuk dihadam. Namun, banyaknya dalam soft copy. Dan, mata saya plak alergik, tengok lame-lama kat laptop. So, jalan penyelesaiannya. Abaikan dulu yang soft copy.

Bukan orang yang nak ambik phd mahupun master je, kena kurung diri baca jurnal2 ..hehe

Dengan ini, minggu depan, saya berjanji, untuk mengulas sedikit tentang buku yang saya baca. Saya ada sesuatu yang boleh saya kongsi dari buku yang saya baca. Kalau tak buat macam assignment macam ni. Takut hangat-hangat taik ayam plak.


Boleh ke ni?

InshaAllah, boleh-boleh.

Semoga Allah memberikan kekuatan....amin...


Chaiyok...niza!...

Tuesday, October 5, 2010