aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 9, 2010

Posting ?




Sampai detik sekarang. Panggilan penempatan untuk saya berkhidmat sebagai seorang guru belum lagi berkunjung tiba.

Minggu ini, sungguh tidak berkualiti rasanya hidup.

Salah satu sebabnya, fikiran saya terlalu fokus tentang bila dan bila keputusan penempatan itu nak keluar.

Sungguh misteri tempat posting saya.

Tak pernah saya rasa perasaan ingin tahu ini meluap-luap. Mungkin sebab terlalu lama menunggu.

Agak-agak saya dapat mana?..Pilihan pertama saya, of course la terengganu kan. Kedua selangor.

Agak2 dapat mana? Terengganu!..

Mungkin Pahang?

Atau Sabah?..Aish.Kalau mak baca blog ini, mesti mak dah marah . sebab dia cakap, cakap la mungkin mungkin tu..nanti dapat sabah sarawak, padam muka..

Doa saya tak ada nak negeri mana. Doa saya ringkas.

Saya mintak " Ya Allah berikanlah tempat posting terbaik untuk aku berkhidmat sebagai seorang guru "

Kerana Dia lebih tahu yang mana lebih baik.

Ke kita lebih bijak dari DIA?

Dia yang jadikan kita, mahu tidak mahu, yang mencipta lagi bijak dari hasil ciptaannya.

Jadi, dengan rendah hati, saya cuba lapangkan hati ini, untuk menerima segala kemungkinan.

Kemungkinan untuk jauh dari keluarga. Kemungkinan yang seribu kemungkinan itu.

Sekian....:)

No comments:

Post a Comment