aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 22, 2010

Sepanjang perjalanan naik bas.....

Lebih kurang waktu sebegini kul 230 petang , jumaat lepas, tibanya saya di kuantan Pahang.

Lama tak naik bas, rasa macam plek ada. Baru je 5 bulan x naik bas. Macam biasa, naik bas , tak tidur terus. Tengok pemandangan dari tingkap bas dulu.

Mula-mula fikir tak best je..sebab bas tu double seat. Masa naik tu, kosong lagi. Harap-harap yang naik tu perempuan la. Yela..kalau lelaki, banyak jenis sikit. Yang tak tahannya, bau rokok!.

Oh tak lih bla la kalau bau rokok.. Memang nak muntah terus ..Pernah je dulu, naik bas, dapat sebelah lelaki bau rokok. Sabar je..Nasib ade kain yang "wangi", boleh tutup mulut dan hidung sepanjang perjalanan tu. Moral value, kena bawak kain nak NAIK bas. Biasanya terus bawak kain batik..hehe..sesuai untuk tidur dan tutup badan bila kesejukan dalam bas. Dan efficient je la kalau nak buat mask kat muka :)

First time kut, menjejaki kuantan, Pahang. Sebelum ni hanya redah je. Tak turun dari kereta atau bas.

Hm..nak buat perbandingan sedikit.

Terengganu lagi CANTIK.

Sampai je kat stesen bas kuantan tu. Kawan saya jemput dan kami naik bas lagi. Best la..asyik naik bas je. hehe.Kiranya, dah selesai solat jamak qasar semua n sempat singgah g mydin jap pastu baru naik bas ke Felda..

Felda mana? Felda Chini..

Ni gak..kali pertama ke sane. Memang sebelum ni, tak pernah lalu pun ke sane.

Ok. agak jauh jugak la. Sepanjang jalan, kami potpet potpet .

Dalam bas tu, ramai betul bangla..oh...bau "bangla"...lama-lama ok..macam dan imun la plak. Tapi mulut saya tak lah jahat sangat nak maki hamun.

Tiba-tiba ada seorang mak cik ni cakap...

"Tak tahan la bau bangla ni.."

Dalam hati, ko cakap macam tu, macam bangla tu tak faham. Sabor je la. Kata naik bas. Public transport makcik!.

Pastu layan perasaan je dalam bas tu. Sempat gak tanya dalam hati..Ai, lame lagi ke?hehe..

Sebenarnya, best jugak la duk jalan-jalan naik public transport ni. Kita boleh dapat pengalaman macam-macam ada.

Satu lagi pasal konduktor bas. Bukan senang nak jadi konduktor bas kut. Kalau cerewet, tak tahu kawasan. tak pandai komunikasi..tak payahlah jadi konduktor bas. Nanti tesion je..

Tapi yang saya jumpe hari tu, konduktor bas yang boleh bagi 4 bintang.

Pakcik tu a.k.a konduktor bas tu..boleh faham bangla tu nak ape. Bukan die cakap bahasa bangla tuu. Tapi macam tanye soklan dan beri pilihan pada soalan tu..contohnya

"Nak pergi mana?...Chini ke?..A? B?..hheheh..

Macam gitu lah.. Bagus-bagus..one of the skills should teacher hav..nak encourage students jawab soalan. Bagilah sikit pilihan soalan. :)

Tak nak cakap pasal cikgu..closed!...

Ok lah..cukup lah sampai chini je cite, Nati sambung balik. Ni dah kire update yang berjaya..hehe.bukan senang nak update sekarang. oTak dah beku , ni KPM punyer pasal. Macam lambat je data-data nak memproses dalam otak ni. Dalam lame kebekuan kut..sabor je..

No comments:

Post a Comment