Hari terperasan banyak blog-blog yang dulunya memang feveret saya duk baca, dah banyak yang slow down slow down..dan terus macam tak update langsung. Rasanya banyak sebab atau faktor yang menyumbang pada faktor mereka tak update.
1. Dah berkerja
Bila dah berkerja, banyak komitmen lain yang merantai diri mereka untuk menaip menaip di blog masing-masing dengan perasaan yang tenang lagi bersemangaat.
Zaman belajar , banyak idea rasanya berbanding zaman bekerja. Mungkin, sebabnya bila masuk kelas, dan lecturer potpet...banyak gak contribute idea untuk menjana idea di blog. Lagi satu, bila berkelompok dengan kawan-kawan yang sama belajar. Yang otak kepala pun lebih kurang, banyak idea nak divbincangkan nak dikupas.
Tetapi kalau bekerja, kita akan bertemu dengan mcm2 manusia.. Yang mungkin contribute pada pening kepala daripada menjana idea..hehe...hMM..depend pada kerja la kut.
Sepatutnya, jumpa manusia yang pelbagai, boleh mejana lagi idea kan?....tetttttt
2. Facebook
Sejak zaman laman sosial FB ni berleluasa, dah ramai nenek2, atuk2 , mak2, ayah2 dan yang kecik2 tu, mengupdate tentang diri mereka di FB je. So, yang ada blog pun, ramai lebih suka update kat fb je la. Yela, lagi senang kut. Lagi banyak komen. Lagi banyak interaksi..Hmm gitu agaknya.
3. Dah bekerluarga
Semestinya masa bersama keluarga adalah lebih diidamkan berbanding didepan laptop. Membisu.
sO, masa bersama laptop dan menaip menaip ini dan kurang. Tapi yang berjaya memyimbangkannya..ANDA LAH juara kampung !..:))
Ok lah..Itu sahaja sebelum memasak..hari ini nak masak ape..tanye ketua CEO dapur dulu...:)
suci murni bgs2..selalu la b'celoteh..sy akn jd SR awk yg setia..hehehehe
ReplyDeleteSR?..SR tu ape?..hehe..
ReplyDeleteanonymous ni sape? amelina ea?