aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 28, 2009

Itik




Seeekor itik puteh yang sucimurni merindui ibunya ....

hard to say..


berkejaran nak pergi perhimpunan harian..saya suka hari jumaat=)


Sepanjang minggu yang sangat mencabar ini, saya lalui dengan bermacam2 ragam

This is called life.

Life is so fragile.

Are you ready to take any challenges?..tiba soalan ni kerapkali menjengah dikepala saya. Memang banyak lagi kena lalui sepanjang hidup praktikal bukan sahaja berkaitan dengan praktikal tp juga life as a student.

Ya Allah, kadang-kadang saya rasa macam tak mampu lagi nak lalui semua ini.

Bila bangun pagi, saya kuatkan semangat saya bangun awal2 ini kerana saya benar2 hendak berkongsi ilmu saya ini dengan pelajar2 saya yang memerlukan apa yang saya ada ini untuk menjadi manusia berfikir padaMu.

Hampir tiap2 hari saya tidur dalam kereta kawan saya, rasa bersalah itu ada. Namun , apa boleh buat, badan dan mata saya tak dapat menahan rasa mengantuk dan keletihan itu.

Saya juga minta maaf pada kawan saya yang drive kereta , saya kesian padanya yang memandu seorang diri, saya ada lesen terasa useless tiba2, kerana langsung tak dapat membantunya.

Sepanjang minggu ini, kredit prepaid saya cepat je kering. Saya mendapat kekuatan bila menelefon dan mendengar suara emak tersayang. (Manja la plak)

Tak kisah la apa org nak kata, tapi suara emak je yang boleh ubat hati dan perasaan kacau bilau.

Hmm, apa kena post kali ni ni...tak kisah la..

Esok tak da kelas, semua handouts dan notes dan slides utk mengajar pun dah siap.Heheh..


Sunday, June 21, 2009

My journey

Saya tak da mood lagi untuk menceritakan segalanya tentang sekolah tempat praktikal sayA. Namun, roughly dikatakan saya sgt syg student sy dan sgt mencintai pekerjaan ini. yeah!!

Mungkin sbb byk sgt reflective jurnal dan asyik call mak hari2 cerita pasal student, saya dah jemu nak cerita disini.

Kepada kawan2 yang dapat skolah student2 yang "aktif" gitu, sabar la ye..Saya pun bersimpati kat mereka , dah la baru sbg guru dpt pula cabaran dan handle class yang out of expectation.

I love my students

.......I love my students =)....

Saturday, June 20, 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman



01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;


dipetik dari iluvislam.com

lame benar tak baca guidelines mcm ni.


Sunday, June 14, 2009

Revolusi hidup


Pejam celik, pejam celik..esok sudah sampai waktunya untuk saya ke sekolah menengah agama bestari usj 5 sebagai seorang guru praktikal.

Ya seorang guru.

Benarkah? Macam tak percaya je dgn kehidupan ini. Masa pantas berputar.

Alam persekolahan sudah lama saya tinggalkan dan kini giliran saya ke sekolah sebagai tenaga pengajar.

Imbas kembali zaman sekolah.

Saya selalu datang awal ke sekolah dengan mengayuh basikal pemberian seorang wakil rakyat. Susahnya hidup dulu. Tak mampu nak beli basikal.

Sebelum ke sekolah, mesti kena makan sarapan dulu. Nasi putih berkicap dan goreng ikan iblis adalah makanan sarapan yang paling saya suka. Kegemaran itu sudah diketahui benar oleh mak saya. Terimakasih Mak!

Masa tingkatan 4 & 5 dulu, subjek paling saya suka pendidikan islam dan biologi. Salah satu faktor saya suka subjek biologi adalah kerana cikgunya. Pn Zakiah ialah cikgu subjek biologi saya. Minat subjek pendidikan islam sebab sangat berkait dengan kehidupan dan banyak benda belajar dr subjek itu. Sehinggakan dapat anugerah pelajar cemerlang bagi subjek itu. Sebenarnya tak layak pun anugerah itu untuk saya, mungkin sebab markah saya constant dari awal tahun sehinggakan akhir tahun.

Tapi minat biologi hanya di bangku sekolah. Masuk matrikulasi dah mula kurang, tapi still love biology.

Kenapa pilih jadi cikgu kimia?

Masa kat matrikulasi minat sangat cara Encik Shaari mengajar kut.

Kesimpulannya, hidup saya ini sangat dipengaruhi oleh seorang guru. Bila guru tu best mengajar kat saya, saya mula rasa nak belajar betul2 dan buat betul2.

Kalau kat surau pun sama. Bila malam tu ustaz azhar yang mengajar, bersemangat nak pergi. Sikap itu tak sepatutnya ada. Belajar tak boleh pilih guru, kerana setiap guru itu ada kelebihan masing-masing.

Untuk esok..semoga selamat semuanya, amin.

Thursday, June 11, 2009

Kemanisan itu milikku jua akhirnya




Tak terkata

Sungguh bersyukur kepadaMu

HanyaMu tahu perasaanku dikala ini

Anugerah ini adalah anugerah yang ku tunggu selama ni

Bukanku tak bersyukur selama ini

Namun hari ini

Segala usaha dan doa dimakbulkan

Allahuakbar...

Petang tadi , say dikhabarkan berita keputusan peperiksaan sudah keluar. Dengan pantas saya buka laptop dan check result saya, namun system down kerana ramai sgt org yang surf mase tu kut nak thu result masing2.

Ok fine,

Kebetulan pula , housemata saya mengajak saya keluar untuk cari brg2 keperluan untuk mengajar nanti. So, saya ikut je la.

Tengah2 bersiap2, kawan saya call cakap dia dapat check result. Then , dia mintak say punya password and id number untuk check result.

"Tahniah, ko DL sem ni..ko dapat tut tut.."

hehe

Alhamdulillah. Tak terkata masa tu. Terus teringat kat mak , wajah pertama terlintas kat kepala ni.

Terus call kat rumah tapi ayah yang angkat.

Tak sabar punya pasal, saya ceritakan segalanya kat ayah selepas tu baru cakap dengan mak cayang.

" sampai ketor2 suara kakak ni " luah mak dlm loghat terengganu yang tahu tahap ke " excited" tan saya.

Alhamdulillah, kejayaan ini dikongsi jua dgn kwn2 yang lain yang dpt keputusan yang bagus2 jugak.




Mungkin orang lain yang dah biasa dapat tinggi2, tak macam feeling saya sekarang.
Macam tak percaya ada jugak. Sebab selalunya apa yang saya nak,selalu tak dapat. Allah tahu yang mana terbaik untuk saya.

Mungkin saya senang untuk hanyut jika diuji dengan kejayaan berterusan..

Allahuakbar!




Wednesday, June 10, 2009

My school

Seperti selalunya bila balik shah alam, saya dihidapi satu penyakit malas untuk mengupdate blog dan lebih gemar membaca blog2 orang sahaja,

Ok, untuk tidak meneruskan kegiatan itu. Saya cuba untuk menaip walaupun beberapa perenggan,

In my mind right now, I am thinking a lot about my practical.

Hari isnin hari itu dah pergi survey sekolah tu, cuma belum buat report je lagi.

Dari segi kemudahan untuk p&p sekolah itu adalah keseluruhannya memuaskan dan bilangan pelajar untuk satu kelas hanya dalam 20 lebih sahaja. Ini memberi peluang yang baik dari segi classroom management dlm kelas.

Apa yang saya tengah fikir sekarang, budak sekolah tu di katogerikan dalam budak2 yang high achiever student so aktiviti2 untuk mengajar pastinya tak boleh terlampau banyak kerana mereka lebih menitikberatkan dari segi content. So, kalau nak explain something tu guna demonstration or role play kena ambik masa sikit saje. a

Sekarang baru sedar budak pandai ni kadang2 bukan pandai pun, tapi pandai meghafal dan pandai score soalan. Mungkin dari segi concept tak mantap sangat.

Ok, sebelum tu, alhamdulillah, sekolah tu bagi mengajar chemistry dan math . Sebelum ni, fakulti bagi mengajar sains untuk praktikal ni. Allah tu Maha berkuasa, tu salah satu kuasa Allah. =)

Takut juga bila kena mengajar kimia berbanding dengan sebelum ni kena mengajar sains untuk form 2 n form 1 je.

Ok itu sahaja la kut..

Motivasi untuk kali ini..

Jangan cepat putus asa, try and error untuk mengajar still relevan dalam proses belajar untuk mengajar...!.


Tuesday, June 9, 2009

Melepaskan rindu

hafizuddin with his tok wan at Redang Island

Sunday, June 7, 2009

Mendidik tanpa jemu

gambar hiasan seorang guru

Tengah hari tadi saya keluar makan dengan kawan lama saya. Macam-macam dia tanya pasal cikgu dan salah satu soalan dia..
"Dah hafal ke sajak A Samad Said yang psala guru tu?"

Saya kata lupa tapi tahu la kewujudannya.

Tadi saya search kat internet taip A samad said guru, tak ada pula keluar sajak tu. Saya pun taip lah tanpa guru siapalah perdana menteri dan terus jumpa sajak ini dalam blog orang.

Rupa-rupanya sajak tu bukan sajak yang ditulis oleh A Samad Said tapi sajak tu ditulis oleh Usman Awang.

Disini saya sertakan sajak yang dimaksudkan itu. Dalam maksud sajak itu, saya tak tahu tajuk dia apa saya hanya jupe keratan sajak ini saja.
Serba sedikit tentang pra praktikal

Imbas kembali minggu pra pratktikal yang saya lalui selama seminggu itu. Banyak input yang penting dan sangat berguna untuk dibekalkan untuk menjadi seorang pendidik.

Kagum sungguh dengan pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh cikgu-cikgu jemputan terutamanya Pn Norini dari Sekolah Men Kebangsaan Alam Shah, Encik Hamzah dari Sekolah Menengah Sultan Mansor dan Pn Sri yang bekas seorang guru yang memberi ceramah tentang grooming.

Boleh disimpulkan disini, semua guru-guru yang hebat itu lahir apabila sifat sabar dan semangat untuk mengajar tanpa putus asa sentiasa hidup dalam diri mereka. "Not all bout money"

Pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan demi pelajar-pelajar mereka tida tolok bandingya.

Keluarga seorang guru juga sepatutnya memahami tanggunjawab seorang guru. Bukan guru 25haribulan sahaja.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini Raja menaiki tahta, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang Peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini seorang jutawan tersohor, sejarahnya bermula dari seorang guru, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca. Hasil nukilan Usman Awang

Saturday, June 6, 2009

Kami bersedia...

last day during pre practical
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Merembang bile menyanyi lagu ni..

tak sabar nak mendidik anak bangsa..


Wednesday, June 3, 2009

Count Allah Azzawajal's Blessings





Friday, April 24, 2009 at 5:51pm
Count Allah Azzawajal's Blessings

If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead
and a place to sleep ... you are richer than 75% of this world.

If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish
someplace ... you are among the top 8% of the world's wealthy.

If you woke up this morning with more health than illness ... you are more
Blessed than the million who will not survive this week.

If you have never experienced the danger of battle, the loneliness of
imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation...you are
ahead of 500 million people in the world.

If you can pray in a Mosque without fear of harassment, arrest, torture, or
death ... you are more blessed than three billion people in the world.

If your parents are still alive and still married ... you are very rare.

If you hold up your head with a smile on your face and are Truly
Thankful... you are Blessed because the majority can, but most do not.

If you can read this message, you just received a double Blessing in that
someone was thinking of you, and furthermore, you are more Blessed than
over two billion people in the world who cannot read this message at all.

Have a good day, count your Blessings to Thank ALLAH Azzawajal, and pass this along to remind everyone else how Blessed we all are. Alhumdulillah!

Indeed, His Creations are The Best, as He Is The Best of all Creator

Tuesday, June 2, 2009

Trainee teachers

ni gambar malam pertunangan abang saya...adik2 , anak buah dan my great mum


Gambar di atas majlis pertunangan abang saya bukan say =P

Ingat post kali ini nak tulis dalam bahasa Inggeris. Tapi tak jadi jugak. Ialah jurnal untuk praktikal kenal tulis dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya sepanjang 3 tahun ambil kos ini, semua assignment kena summit in English Language. Tak pandai ke pandai ke, redah je asalkan siap assigment dan capai matlamat assigment tu dan hantar.

Kali ini praktikal, lagi banyak kerja menulisnya dengan kena tulis buku rekodnya, buat lesson plan ( rancangan mengajar) dan juga journal untuk seminar pre practikal dan praktikal.

Complicated jer masa mula-mula tahu kena buat semua tu. Mampu ke buat semua tu, dengan kena studi balik untuk mengajar dan fikir aktiviti apa nak buat untuk mengajar.

Macam-macam kena buat.

Betul jugak kata penceramah kat seminar.

Kerja sebagai cikgu ni bukan senang tapi penuh dengan kerja dan tanggungjawab.

Setakat ini sahaja post kali ini. Sudah penat menaip, esok ada seminar lagi.