aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 14, 2009

Revolusi hidup


Pejam celik, pejam celik..esok sudah sampai waktunya untuk saya ke sekolah menengah agama bestari usj 5 sebagai seorang guru praktikal.

Ya seorang guru.

Benarkah? Macam tak percaya je dgn kehidupan ini. Masa pantas berputar.

Alam persekolahan sudah lama saya tinggalkan dan kini giliran saya ke sekolah sebagai tenaga pengajar.

Imbas kembali zaman sekolah.

Saya selalu datang awal ke sekolah dengan mengayuh basikal pemberian seorang wakil rakyat. Susahnya hidup dulu. Tak mampu nak beli basikal.

Sebelum ke sekolah, mesti kena makan sarapan dulu. Nasi putih berkicap dan goreng ikan iblis adalah makanan sarapan yang paling saya suka. Kegemaran itu sudah diketahui benar oleh mak saya. Terimakasih Mak!

Masa tingkatan 4 & 5 dulu, subjek paling saya suka pendidikan islam dan biologi. Salah satu faktor saya suka subjek biologi adalah kerana cikgunya. Pn Zakiah ialah cikgu subjek biologi saya. Minat subjek pendidikan islam sebab sangat berkait dengan kehidupan dan banyak benda belajar dr subjek itu. Sehinggakan dapat anugerah pelajar cemerlang bagi subjek itu. Sebenarnya tak layak pun anugerah itu untuk saya, mungkin sebab markah saya constant dari awal tahun sehinggakan akhir tahun.

Tapi minat biologi hanya di bangku sekolah. Masuk matrikulasi dah mula kurang, tapi still love biology.

Kenapa pilih jadi cikgu kimia?

Masa kat matrikulasi minat sangat cara Encik Shaari mengajar kut.

Kesimpulannya, hidup saya ini sangat dipengaruhi oleh seorang guru. Bila guru tu best mengajar kat saya, saya mula rasa nak belajar betul2 dan buat betul2.

Kalau kat surau pun sama. Bila malam tu ustaz azhar yang mengajar, bersemangat nak pergi. Sikap itu tak sepatutnya ada. Belajar tak boleh pilih guru, kerana setiap guru itu ada kelebihan masing-masing.

Untuk esok..semoga selamat semuanya, amin.

2 comments:

  1. selamat kembali ke sekolah... selamat menjalankan tugas. :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih.

    menunggu hari esok dgn penuh debaran..

    ReplyDelete