aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 7, 2009

Mendidik tanpa jemu

gambar hiasan seorang guru

Tengah hari tadi saya keluar makan dengan kawan lama saya. Macam-macam dia tanya pasal cikgu dan salah satu soalan dia..
"Dah hafal ke sajak A Samad Said yang psala guru tu?"

Saya kata lupa tapi tahu la kewujudannya.

Tadi saya search kat internet taip A samad said guru, tak ada pula keluar sajak tu. Saya pun taip lah tanpa guru siapalah perdana menteri dan terus jumpa sajak ini dalam blog orang.

Rupa-rupanya sajak tu bukan sajak yang ditulis oleh A Samad Said tapi sajak tu ditulis oleh Usman Awang.

Disini saya sertakan sajak yang dimaksudkan itu. Dalam maksud sajak itu, saya tak tahu tajuk dia apa saya hanya jupe keratan sajak ini saja.
Serba sedikit tentang pra praktikal

Imbas kembali minggu pra pratktikal yang saya lalui selama seminggu itu. Banyak input yang penting dan sangat berguna untuk dibekalkan untuk menjadi seorang pendidik.

Kagum sungguh dengan pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh cikgu-cikgu jemputan terutamanya Pn Norini dari Sekolah Men Kebangsaan Alam Shah, Encik Hamzah dari Sekolah Menengah Sultan Mansor dan Pn Sri yang bekas seorang guru yang memberi ceramah tentang grooming.

Boleh disimpulkan disini, semua guru-guru yang hebat itu lahir apabila sifat sabar dan semangat untuk mengajar tanpa putus asa sentiasa hidup dalam diri mereka. "Not all bout money"

Pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan demi pelajar-pelajar mereka tida tolok bandingya.

Keluarga seorang guru juga sepatutnya memahami tanggunjawab seorang guru. Bukan guru 25haribulan sahaja.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini Raja menaiki tahta, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang Peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini seorang jutawan tersohor, sejarahnya bermula dari seorang guru, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca. Hasil nukilan Usman Awang

No comments:

Post a Comment