aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 30, 2009

Selamat Ulang Tahun Pertama


Selepas setahun duduk baru buat pagar batu...alhamdulillah

Hari ini ulang tahun pertama pondok sinar air mata.


"Dah sethun duk umah ni"

"Rasa biase dah duk umah ni"

"Dulu rase plek sket"

Perbualan antara saya dan ayah saya ...

Terima kasih Allah dengan satu lagi pinjaman ini. Tiba-tiba teringat lagu sempurna yang menjadi tema bagi saya untuk rumah ini, nafas baru hidup kami sekeluarga...


p/s : tak boleh nak tulis panjang2..kne sambung wat asgmt dulu..nanti sambung balik..

Wednesday, October 28, 2009

Battery Kong..

Bateri perlu di charge..sekian..

Saturday, October 24, 2009

Seminggu bercinta

Hampir seminggu, saya tak dapat mengakses internet. Gara-gara, modem streamyx umah saya rosak. Alhamdulillah pagi tadi dah ok. Pihak tmnet dah tukar yang baru tanpa sebarang bayaran =)

Nak tahu apa yang saya buat selama seminggu ni?

Ya lah biasanya saya akan buka laptop, buka internet, baca paper, baca patut dalam tenet..

Kali ini, diuji tanpa internet, agak gelisah juga saya.

Alhamdulillah, ada buku-buku menemani saya ke sana ke sini.

Bila baca buku, dalam diam-diam kita dapat muhasabah diri.

Buku "NOTA HATI SEORANG LELAKI"...HASIL nukilan pahrol mohd juoi telah membuatkan saya jatuh cinta...betul2 jatuh cinta pada isi kandungan itu. Rasa sayang semacam saya sayang buku "aku terima nikahnya'...=)

Buku itu banyak sentuh pasal apa yang berlaku pada kita sehari2 harian..termasuklah nikah kawin, rumah tangga, memberi tanpa meminta, keikhlasan, ..sungguh banyak ilmu dapat dikutip..ianya merangkumi segalanya.

Ayat-ayat yang digunakan simple dan mudah difahami.

Walaupun saya bukan orang sastera saya masih memahaminya, walaupun kadang2 penulis menulis dengan perkataaan berbunga2.

Buku ini tak bosan baca sebab macam novel. Pengalaman yang dilaluinya ditulis balik..

YANG paling menarik , saya suka pasal MEMBERI TANPA MEMINTA..sebabnya kadang2, kita selalu rasakan diri ini tak dihargai..dan rasa sangat sedih...dan down abes la....alangkah indahnya keikhlasan yang asas itu diletak dihadapan semasa memulakan sesuatu pekerjaan...

Sebenarnya, hampir semua apa yang ditulis penulis buku ni, saya suka. HEBAT!


Tak bosan untuk ditatap.

Susah nak cari buku macam gini..

.....................................................................................................................................................................


Ok...sekarang nak cerita pasal sekolah.

Saya makin sayang. Bolehkah saya kekal disitu sebagai seorang guru ..?.

First time, minggu lepas saya dapat kelas ganti darjah 5..kelas pertama..

Masa nak menuju ke kelas tu, saya tak tahu nak suruh buat la nanti..

Bila masuk, saya rasa semangat nak bercerita pasal background saya. Bila start bercerita diorang seme menganga...

Senyap sepi kelas tu, tak seperti mula2 saya masuk tadi.

Then, dengan ilmu yang dikutip di UiTM ..Saya mula lah bercerita tentang sains. Macam seorang saintis plak.

Ayat saya senang

"Apa itu kimia?"

"Bom nuklear cikgu!"

" Betul tu. Ok sekarang cikgu nak cerita pasal kimia. Nak tak ?

"Nak!!!!!!!!!!!!"

Saya mula mengambil sebotol air mineral yang berada di depan saya dan mengocang2kan botol itu. Saya bertanya bertalu2 soalan kepada mereka. Sehingga ayat ini keluar.

"Wah menariknya kimia !"

Terima kasih DR BEH dan kawan-kawan ed230 (pendidikan kimia), korang banyak memberi ilmu kepada saya...

Betul kata Dr Beh, mengajar cara constructive sangat effective.

Mereka melihat, mereka berfikir...!

Saya gembira bila budak2 ini suka sains...

Sebelum keluar, saya begitu terharu mendengar 3 orang murid berkata macam ni

"cIkgu, tolongla ajar kami sains...cikgu bijok la..guna botol air je nok tunjuk macam mana puting beliung tu jadi"..

sambil tersenyum saya berkata

"saya pun tengah blajar gak, cikgu sains awok seme lagi hebat dari saya..caye la..saya ni tak banyak ilmu lagi..awak janganlah banding saya dengan dia...(saya cuba simpulkan kerana tadi dia asyik bersunggut2 ttg cikgu sains mereka).."

..............................................................................................................................................................


Dan hampir tiap2 hari, sekumpulan budak laki dari kelas 5 Intan tu akan datang kat saya.
"Cikgu, cerita lah lagi pasal sains...saya nok dengor ni.."

Begitulah saya pada setiap pagi sebelum loceng berbunyi..

Yelah datang awal..mana taknyer.. 7 05 dah sampai sekolah..

Saya tak boleh lokek ilmu dengan mereka, kerana ilmu ini bukan untuk saya sahaja..tetapi ilmu ini untuk disebarkan...


I really love teaching..yeah!!!...

Thanx GOD..


Thursday, October 15, 2009

Motivation week


Selesai sudah minggu yang saya namakan motivation week. Ini kerana sepanjang minggu ini, saya banyak bagi motivasi kepada murid-murid saya.

Macam fasilitator plak saya rasa minggu ini.

Saya menyedari yang murid-murid saya kekurangan motivasi untuk belajar. Oleh itu, saya spend sedikit masa untuk memotivasikan mereka.

Sebenarnya sepanjang saya bekerja sebagai guru ganti ni, saya rasa banyak yang saya belajar. Ada yang saya tak pernah jumpa masa praktikal saya dapat sekarang.

Masa praktikal, saya tak pernah sentuh pun buku kedatangan pelajar.

Tapi sekarang, setiap hari saya akan mengambil dan menghantar buku kedatangan pelajar.

Sekarang- saya menguruskan kelas 2 INTAN, dimana saya menjadi guru kelas tersebut.

Saya akan pastikan kelas saya bersih. Pagi-pagi, saya datang awal dan akan cakap begini


"Sape bertugas hari ini, sila bertugas ea, kekgi kalau cikgu masuk kelas, kelas awok kotor lagi, semua kena denda..."...haha

Kadang-kadang, saya pegang penyapu dan menyapu sendiri kelas tu. Biasanya saya menyapu bahagian depan yang penuh dengan debu2 putih , hasil pergunaan kapurputih..

Pelik jugak, zaman berteknologi canggih macam sekarang masih ada lagi guna kapur.

Sehinggakan tiap-tiap lepas kelas, saya basuh tangan saya. Bila my students nak bersalam dengan saya selepas kelas, saya cakap macam ni

"Tak yah salam dengan teacher , tangan teacher kotor..teacher redha seme dah..."=)

Hari ni, saya terkesima bila my student cakap macam ni

"teacher ni, sokmo dok lih (tak boleh) salam dengan dia.." so sori
my dear..tangan saya kotor...saya tak sanggup bagi awak cium tangan saya yang berdebu tu.


Saya rasa saya sudah JATUH CINTA ..

Jatuh cinta dengan murid-murid saya. Saya suka mengajar budak-budak kecil. Innocent...

Saya suka bercerite dan mereka mendengar sambil menganga mulut (naseb lalat tak masuk) =O

Saya garang bila my student tak buat keje dan tinggal buku. Pantang nenek moyangku..

But, i'm not so cruel... I just cubit cubit je.. =P


Hari ni saya sangat penat..penat sangat2...rasa nak pitam dalam kereta tadi. Sampaikan saya rasa, saya duduk atas ombak .

Dah lah meeting tadi lama . Meeting tu tak patut pun saya hadir. Meeting tu pasal kenaikan pangkat dan etc yang berkaitan guru tetap dan staff sokongan tetap ...

But , i learnt a lot masa meeting tadi.
Boleh tahu sape cikgu paling punctual pergi meeting


Saya suka Guru Besar saya. Dia ni cool and steady...Penuh berhikmah dan suka guna kaedah paling halus nak bagi tahu sesuatu atau nak solve problem..Tiba-tiba tadi saya teringat kat DR. beh... tak marah-marah..tak garang...hehhe

ok..i stop here..actually nak cerite lagi...nak cite pasal KISAH DAMIA...a pity girl..

Wednesday, October 14, 2009

Sucimurni family



ni wan saya berbaju hijau....


Saya tak de "ibu" tapi saya ada "mok".

Saya tak ada "ayah" tapi saya ada "wan"..

heheh...



ni anok2 murid saya





ni my great mok...mok dengan adik bongsu yang baru berumur 6 tahun..=)


"Mok, mok rasa kalau mok sakit mcm tok tu, kakak boleh jaga dop mok" saya saje menyakat mok..

mok senyum je...

Dalam hati Allah je tahu

p/s: saya tak berniat nak memanjangkan post...

Monday, October 12, 2009

Cukup tak cukup



Saya rasa tenang apabila berasa cukup dengan apa yang saya ada. Cukup pada duit, pakaian, paras rupa, keluarga, kejayaan, kasih sayang dan apa sahaja yang saya miliki. Saya sedar yang semua yang saya miliki sekarang adalah pinjaman semata-mata.

Namun masih ada rasa tak cukup dihati ini.

p/s: mood tak datang nak menulis...tunggu tahun depan la ..BLOG AKAN DITUTUP!



Friday, October 9, 2009

Keyakinan kian datang



Hatiku bersedih

Benarkah?..Ya, hatiku bersedih

Tidak perlu tipu jika ia benar. Keputusanku adalah muktamad. Macam putus cinta plak. No!...

No couple in my life.

Kita diuji mengikut kemampuan masing-masing. Diuji dan terus diuji. Hadapilah dengan keimanan. Berserah kepadaNya. Dia adalah TEMPAT terbaik mengadu.

Usah mengeluh. Yakinilah gerak hati ini! Yakinlah...Teruskan berjalan..Usah berhenti menangis mengeluh dengan ujian ini.

..............................................................................................................................................................

Alhamdulillah, dengan apa yang sudah dirancang sebelum ini. Dimana untuk pulang ke Shah Alam untuk mengambil barang-barang keperluan saya di rumah sewa dan untuk beberapa urusan disini.

Bersyukur. Akhirnya berjaya ke kedai buku MPH untuk membeli buku-buku untuk cuti yang panjang ni.
Buku-buku ini bakal menemani saya sepanjang saya di rumah dan juga di sekolah jika tiada kerja untuk di buat nanti.

Bukunya mana?...Apa bukunya?..

Buku yang saya beli berkaitan dengan wanita dan lelaki dan Allah. TIGA buah buku semuanya. Rasanya baru je beli buku hari tu. Tapi buku-buku hari tu dah habis baca dah. Bosanlah tak baca apa-apa buku kat rumah. Otak kering dan menyebabkan otak saya malas berfikir.

"Akak, niza ada buku ni"..kata saya
"Wah, dah boleh kawin niza ni"..kata kak Fifi (bkn nama sebenar)
"Akak ni, buku ni bukan bukan kawin la, dia merangkumi semua, nama je AKU TERIMA NIKAHNYA" terang aku yang telah lama memiliki buku itu.
"Akak, niza tahu semua kewujudan buku-buku ni sebab niza selalu baca blog-blog penulis buku-buku ni. Takpun niza baca-baca komen-komen blogger di dalam blog masing-masing" Kata saya sambil mengapai buku NOTA HATI SEORANG LELAKI.
"Oh gitu"..
"Sebenarnya bila kita baca buku, kita akan rasa lebih hidup , senang cakap lebih best abes la.."tambah saya

Itulah antara dialog-diolag saya dengan Kakak Fifi di kedai MPH tadi.

Saya kembali senyum melihat buku-buku ni.

p/s: saya rasa bahasa melayu saya sangat teruk!...macam tak layak jadi cikgu ganti bm utk budak darjah 2..

Monday, October 5, 2009

Hatiku tersentuh


Hatiku tersentuh dengan membaca sebuah blog ni tentang ammar zulkifli. Sebenarnya sejak kematian dia lagi, saya dah mula ikut blognyer. Semasa hayat dia hidup, saya tak pernah pula menjenguk blog. Bila dia meninggal, saya baru tahu kewujudannya dari blog2 sahabat2nya..

Ni adalah linknya..yang sekarang ni, umminya mengambil alih blognya.. AMMAR

Sunday, October 4, 2009

PadaMu Ku Bersujud




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


BY : Afgan

Tajuk lagu: PadaMu ku bersujud


Dengan apa menimpa dunia sekarang iaitu gempa bumi dan taufan yang telah melanda indonesia serta negara2 jiran kita iaitu vietnam dan juga filipina. Dengan apa yang telah saya dengar berita tentang macam-macam hari ini yang membuatkan diri yang lemah ni merasakan kekuasaanNya melebihi segalanNya walaupun secanggih mana teknologi yang dicipta manusia.




Friday, October 2, 2009

Assignment AKHIRAT

Kali ni saya rasa sangat-sangat teruja untuk mencari info tentang imam mahdi. Sejak soalan bertalu-talu dari adik kesayangan tentang imam mahdi. Hidup saya tak tenang jika saya tak dapat jawabnya dengan baik. Semacam satu assigment, namun ianya sepatutnya di anggap suatu assignment AKHIRAT yang patut lebih di titikberatkan.

Malam ni , saya dah cari serba sedikit tentang imam mahdi. Untuk kali ini, saya tidak bermaksud untuk berkongsi apa yang saya tahu tentang imam mahdi, nanti dah betul2 mantap dan puas hati , baru saya share apa yang saya dapat. Kalau boleh saya nak baca buku lagi puas hati. Siapa-siapa tahu pasal imam mahdi boleh lah sertakan link kat sini atau emailkan kat saya.