aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 24, 2009

Seminggu bercinta

Hampir seminggu, saya tak dapat mengakses internet. Gara-gara, modem streamyx umah saya rosak. Alhamdulillah pagi tadi dah ok. Pihak tmnet dah tukar yang baru tanpa sebarang bayaran =)

Nak tahu apa yang saya buat selama seminggu ni?

Ya lah biasanya saya akan buka laptop, buka internet, baca paper, baca patut dalam tenet..

Kali ini, diuji tanpa internet, agak gelisah juga saya.

Alhamdulillah, ada buku-buku menemani saya ke sana ke sini.

Bila baca buku, dalam diam-diam kita dapat muhasabah diri.

Buku "NOTA HATI SEORANG LELAKI"...HASIL nukilan pahrol mohd juoi telah membuatkan saya jatuh cinta...betul2 jatuh cinta pada isi kandungan itu. Rasa sayang semacam saya sayang buku "aku terima nikahnya'...=)

Buku itu banyak sentuh pasal apa yang berlaku pada kita sehari2 harian..termasuklah nikah kawin, rumah tangga, memberi tanpa meminta, keikhlasan, ..sungguh banyak ilmu dapat dikutip..ianya merangkumi segalanya.

Ayat-ayat yang digunakan simple dan mudah difahami.

Walaupun saya bukan orang sastera saya masih memahaminya, walaupun kadang2 penulis menulis dengan perkataaan berbunga2.

Buku ini tak bosan baca sebab macam novel. Pengalaman yang dilaluinya ditulis balik..

YANG paling menarik , saya suka pasal MEMBERI TANPA MEMINTA..sebabnya kadang2, kita selalu rasakan diri ini tak dihargai..dan rasa sangat sedih...dan down abes la....alangkah indahnya keikhlasan yang asas itu diletak dihadapan semasa memulakan sesuatu pekerjaan...

Sebenarnya, hampir semua apa yang ditulis penulis buku ni, saya suka. HEBAT!


Tak bosan untuk ditatap.

Susah nak cari buku macam gini..

.....................................................................................................................................................................


Ok...sekarang nak cerita pasal sekolah.

Saya makin sayang. Bolehkah saya kekal disitu sebagai seorang guru ..?.

First time, minggu lepas saya dapat kelas ganti darjah 5..kelas pertama..

Masa nak menuju ke kelas tu, saya tak tahu nak suruh buat la nanti..

Bila masuk, saya rasa semangat nak bercerita pasal background saya. Bila start bercerita diorang seme menganga...

Senyap sepi kelas tu, tak seperti mula2 saya masuk tadi.

Then, dengan ilmu yang dikutip di UiTM ..Saya mula lah bercerita tentang sains. Macam seorang saintis plak.

Ayat saya senang

"Apa itu kimia?"

"Bom nuklear cikgu!"

" Betul tu. Ok sekarang cikgu nak cerita pasal kimia. Nak tak ?

"Nak!!!!!!!!!!!!"

Saya mula mengambil sebotol air mineral yang berada di depan saya dan mengocang2kan botol itu. Saya bertanya bertalu2 soalan kepada mereka. Sehingga ayat ini keluar.

"Wah menariknya kimia !"

Terima kasih DR BEH dan kawan-kawan ed230 (pendidikan kimia), korang banyak memberi ilmu kepada saya...

Betul kata Dr Beh, mengajar cara constructive sangat effective.

Mereka melihat, mereka berfikir...!

Saya gembira bila budak2 ini suka sains...

Sebelum keluar, saya begitu terharu mendengar 3 orang murid berkata macam ni

"cIkgu, tolongla ajar kami sains...cikgu bijok la..guna botol air je nok tunjuk macam mana puting beliung tu jadi"..

sambil tersenyum saya berkata

"saya pun tengah blajar gak, cikgu sains awok seme lagi hebat dari saya..caye la..saya ni tak banyak ilmu lagi..awak janganlah banding saya dengan dia...(saya cuba simpulkan kerana tadi dia asyik bersunggut2 ttg cikgu sains mereka).."

..............................................................................................................................................................


Dan hampir tiap2 hari, sekumpulan budak laki dari kelas 5 Intan tu akan datang kat saya.
"Cikgu, cerita lah lagi pasal sains...saya nok dengor ni.."

Begitulah saya pada setiap pagi sebelum loceng berbunyi..

Yelah datang awal..mana taknyer.. 7 05 dah sampai sekolah..

Saya tak boleh lokek ilmu dengan mereka, kerana ilmu ini bukan untuk saya sahaja..tetapi ilmu ini untuk disebarkan...


I really love teaching..yeah!!!...

Thanx GOD..


No comments:

Post a Comment