Kali ni saya rasa sangat-sangat teruja untuk mencari info tentang imam mahdi. Sejak soalan bertalu-talu dari adik kesayangan tentang imam mahdi. Hidup saya tak tenang jika saya tak dapat jawabnya dengan baik. Semacam satu assigment, namun ianya sepatutnya di anggap suatu assignment AKHIRAT yang patut lebih di titikberatkan.
Malam ni , saya dah cari serba sedikit tentang imam mahdi. Untuk kali ini, saya tidak bermaksud untuk berkongsi apa yang saya tahu tentang imam mahdi, nanti dah betul2 mantap dan puas hati , baru saya share apa yang saya dapat. Kalau boleh saya nak baca buku lagi puas hati. Siapa-siapa tahu pasal imam mahdi boleh lah sertakan link kat sini atau emailkan kat saya.
salam..
ReplyDeletemasa degree saya belajar secara detail tentang Imam Mahdi. Cuma kitab-kitabnya ada dikampung la..
Kalau nak info dari sedikit ilmu yang saya ada boleh je. Insya Allah :)
wasalam..
ReplyDeleteoo, nanti kalau ustaz kat kg, ustaz bagithu la info2 tu kat saya.
kalau general pun takpe,..skrg sy takut nak bercerita kat adik2 tentang imam mahdi , takut tersalah cite,,yang saya tahu, imam mahdi akan keluar , bila sampai satu zaman di mana semua sibuk dengan keduniaan , imam mahdi ni, dia sendiri tak tahu die adalah imam mahdi...betul ke tu.?
first: Hukum mempercayai kedatangan Imam Mahdi pada akhir zaman adalah harus. Bemakna tidak kufur kalau menolaknya.
ReplyDeleteHadith yang menceritakan tentang kedatang Imam mahdi bukan lah hadith sohih dan cerita kedatangan imam mahdi juga tidak disebut di dalam al-qur'an. Tidak seperti cerita turunnya Nabi Isa, keluarnya ya'juj-ma'juj, munculnya daabah yang diceritakan di dalam al-Qur'an. Maka hukum mempercayai cerita-cerita masa depan yang ada di dalam al-qur'an adalah wajib.
Jadi, turunnya Imam Mahdi sama ada betul atau tidak tiada nas yang betul2 kukuh untuk membenarkannya. Ulama' meletakkan hukum harus mempercayainya.
2. Siapakah Imam Mahdi? Dalam Hadith di sebut beliau bernama seperti rasulullah dan akan turun sebelum turunnya Nabi Isa.
Namun polemik Imam Mahdi telah disalahgunakan oleh beberapa pihak sejak dari dulu lagi seperti:-
1. Syiah : Menganggap Imam ke 12 yang hilang (panjang bab ni kalau nak citer) adalah Imam Mahdi yang akan turun pada akhir zaman. Maka mereka meletakkan turunnya Imam ke 12 sebagai salah satu aqidah mereka.
2. Pelbagai pihak mengaku sebagai Imam Mahdi dan akhirnya menyesatkan orang Islam yang lain.
terima kasih ustaz atas "ur info " tu..
ReplyDelete