aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 30, 2008

Wahai Daie

Seorang daie(pendakwah) seharusnya mempunyai pendirian yang tegas agar tidak mudah condong ke arah maksiat.

Apa yang harus ada pada daie?

Mungkin kita sudah ada ilmu tetapi bagaimana nak menyalurkan nya?

Sejak akhir-akhir ni saya mengkaji cara pencakapan orang-orang di sekeliling saya. Saya melihat melihat dari pelbagai sudut.

Pada pendapat saya, cara pencakapan boleh mempengaruhi orang lain. Begitu jugalah dalam bab seorang daie. Apa yang ingin saya sampaikan ialah, seorang daie seharusya tahu bagaimana nak melontarkan hujah-hujah terutamanya dalam hukum hakam dan cara untuk menegur orang di sekeliling kita.

Nada, struktur ayat, mimik muka semuanya sangat penting.

Jangan tersilap langkah dengan pemilihan cara penyampaian kita, kerana impaknya sangat penting sekali. Mungkin kita akan dituduh mereka yang 'poyo', mengada-gada dan sebagainya..

“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Israa’: 73)

Tuesday, July 29, 2008

Cinta

Seringkali, saya diaju dengan persoalan tentang cinta dari kawan-kawan.

Baru sahaja tadi, selepas meeting persatuan, seorang junior menanyakan bermacam-macam soalan cinta kepada saya.


Pelik.

Tapi itu lumrah dan fitrah agaknya....

Cinta siswa N siswi..

" Pernah couple ?'
" Dah berpunyer BF ker?"

Rasanya persoalan itu sudah banyak kali saya menjawab. Tapi susah sekali nak saya yang katakan, sudah cukupkah cinta kita pada ILLAHI?..

Mungkin boleh selepas ini,, siswa siswi tukar trend bertanyakan sahabat yang lain dengan persoalan macam ni

" Sudah cukupkah cinta kita pada ILLAHI?...."

Saturday, July 26, 2008

Jom didik anak-anak

Bacalah sebelum dibacakan


Artikel ini telah di hantar oleh seorang teman siber saya, mula-mula malas nak baca, bila tengok pasal momyet ni, rasa nak baca plak..ingatkan kisah lawak, rupanya ada teladan di sebalik kisah monyet ini. Selamat membaca dengan mata hati..

Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet.

Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah.


Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet.


Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu.


Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut.


Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.


Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal.


Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu:

"Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"

Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.


Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu.


Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi:

"Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!"

Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang.


Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.


Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan.


Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya.


Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat.


Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana?

Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam

Tuesday, July 22, 2008

Kehidupan 3K

Sepanjang minggu ini saya sibuk semacam dengan program yang di bawah pgurusan saya. Sedih melihat blog yang tak ada pengisian baru. Oleh kerana itu, saya memcuri sedikit masa ini, untuk sekadar berkongsi pengalaman baru yang saya dapat dari menganjurkan program ini. Program yang saya anjurkan ini adalah program mentor mentee yang objektifnya adalah merapatkan silaturahim antara pelajar senior dan junior sains pendidikan UiTM. Di samping objektif utama ialah untuk menyalurkan maklumat2 yang berkaitan untuk junior baru agar mereka lebih petah berada di kampus ini.

Saya tidak suka untuk menceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu, ini kerana ianya bukan berbentuk ilmiah, ianya hanya lebih kepada aktiviti-aktiviti santai yang merehatkan minda.

Saya tertarik dengan ucapan sahabat saya di awal program itu bermula.

" Kita sebagai mahasiswa, jangan memegang prinsip 3k dalam kehidupan di kampus ini. Jika kamu menjalankan kehidupan 3k, apabila kamu tamat pengajian, kamu tidak ada pengalaman yang menyeronokkan untuk di kenang dan di ceritakan kepada pelajar-pelajar kamu (kami bakal pendidik). Mungkin kamu boleh bercerita tentang pengalaman, tapi pengalaman kamu amat membosankan dan sudah biasa diceritakan oleh orang lain."

Apa itu Kehidupan 3k itu ?

Kehidupan 3k itu merujuk kepada Kuliah-Kafe-Kolej/ Rumah Sewa.

Melalui ucapan itu, saya menyedari satu hakikat, jika kita tidak menggunakan peluang yang ada di depan mata, kita juga yang akan rugi. Berbalik kepada diri sendiri dan ibadat kita, jika kita asyik tangguh dan tertangguh, kita juga kelak yang akan rugi. Peluang yang ada bukan selalunya ada, dan jangan sudah terlambat baru hendak memulakanya. Seperti juga usia kita, jangan di tunggu uban dah penuh kat kepala baru nak bertaubat. Sesungguhnya kematian itu, bila-bila masa akan berlaku, tidak kira tua mahupun muda.


beli buku...

Sebenarnya hari minggu ini, saya sudah merancang untuk memberi 2 3 artikel untuk di sumbangkan diblog saya ini. Namun, tidak tercapai. Ini kerana saya kepenatan menghabiskan masa saya bersama sahabat lama saya.

Sahabat saya ini, saya sudah kenalinya sejak di sekolah menengah lagi. Kami tidak pernah berpisah. Selepas tamat sekolah menengah, kami sama-sama telah melanjutkan di KMJ (kolej matrikulasi johor, tangkak). Tamatnya pengajian matrikulasi, kami masing-masing ditawarkan di universiti yang sama, iaitu Uitm Shah Alam. Namun, kami berlainan kos.

Setelah saya berpindah ke rumah sewa, hubungan kami mulai regang. Walaupun begitu, kami masih mencari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Kami telah keluar bersama pada 19 Julai 2008 dan destinasi pilihan kami adalah Jalan TAR. Ini kerana, masing-masing mahu mencari baju blause dan baju raya. Biasa la perempuan kan..

Jalan Tuanku Abdul Rahman

Setelah penat masuk 4 5 kedai kain di sepanjang jalan ini, tiba-tiba mata saya tertoleh kedai sebuah buku di sana. Lalu saya menarik kawan saya untuk masuk ke dalam kedai buku tersebut.

Bagai kan tidak percaya, buku AKU TERIMA NIKAHNYA by Ustaz hasrizal ada dijual di kedai itu. Sudah berbulan-bulan saya mencari buku itu di kedai-kedai buku di shah alam tapi satu kedai pun tidak menjual buku tersebut. SOLD OUT agak nya.

Kawan saya tadi terkejut dengan reaksi saya seperti excited state melihat buku tersebut. Tajuk buku tersebut, menambahkan rasa pelik di hatinya.

“ Buku ni buku novel ker ?”

Itu lah ayat pertama yang keluar dari sahabat saya.

Selepas dari itu, saya menerangkan serba sedikit tentang buku tersebut dan tentang pengarang tersebut.

Saya tidak sedikit pun rasa rugi membeli buku tersebut, bagi saya duit biasiswa yang saya dapat itu, adalah perlu saya peruntukkan sedikit untuk membeli bahan-bahan bacaan ilmiah seperti itu.

Walaupun isi buku itu adalah dipetik dari saifulislam.com kesemuannya dan sudah di baca oleh saya. Namun apa salahnya memiliknya as a hard copy untuk saya agar buku itu juga menjadi rujukan untuk saya dan juga supaya saya lebih beringat tentang cinta berulam kan dosa .

Sunday, July 13, 2008

Coretan Hari Minggu


Hang ni terperak kat rumah tak bosan ker?”

“Dah biasa macam ni”

“Jom la ikut aku, boyfrz aku tak kisah kalau hang nak ikut, lagipun kitaorang nak pergi makan-makan kat rumah kawan bf aku. Hmm, boleh hang kenal-kenal kawan-kawan dia. Ramai lagi yang solo taw. ”

Dalam hatiku, aku beristighfar panjang.

“Tak per la. Aku lebih suka duduk rumah ni, jadi penghuni setia..hehe” aku cuba mengelakkan dari rayuan housemateku.

“Hang ni, selalu jual mahal, si X(akhi) ajak keluar pun hang tak nak jugak. Kesian kat dia taw. Ala keluar je, bukan buat apa pun”

Aku mampu tersenyum, tidak tahu kata2 apa yang patut aku lontarkan.

Kalau keluar saja-saja pun, tak rasa apa-apa ker bila jumpa? Dah tu buat apa nak kuar. ? Tak kan buat x nampak je ..bukan ke tengok lelaki lama2 dah jatuh berdosa. Bukan zina mata namanya? Hmm,....monolog hati aku bersuara.

Ya Allah, jika aku mengikut sahabat aku, ini bermakna, aku sudah meletakkan kaki aku ke jalan maksiat. Ini kerana, iman aku bukannya kuat sangat untuk menjaga nafsu yang sentiasa mencari untuk bergelora. Dan mungkin, pelbagai zina mata dan hati boleh jadi pada ku.

Aku tahu, housemate aku itu kadang2 terasa dengan diriku. Pernah dahulu dia mengajak aku ke genting hinglands bersama teman2 bofrenz nya. Namun aku menolak tanpa alasan. Buat apa aku memberi alasan jika alasan itu seperti membenarkan mereka pergi ke sana.

Usrah pun satu, sejak aku sem 1 disini, aku berusaha nak menyelinap masuk ke usrah2, namun ianya tidak pernah menjadi.aku Cuma menghadiri ceramah-ceramah umum yang dijalankan dalam kampus. Namun itu hanya sampai semester 2. Ini kerana selepas aku berpindah ke rumah sewa, yang sgt jauh dengan main kampus. Sampai sekarang semester 5 di sini, masih tidak ada sebarang maklumat untuk aku mghadiri usrah. Sedangkan di akhir semester lalu, ta’aruf sudah dilakukan. Mungkin aku tidak kuat berusaha untuk menyertai usrah. Salah aku ker ? Sedihnya…mungkin orang yang bukan di tempat ku, tidak faham dengan situasi sebenar.

Kehausan untuk menimba ilmu akhirat itu terus terasa. Di kampung , aku tidak lah seperti ini, kerana ada sahaja majlis2 ilmu disana, tidak kira siang mahupun malam. Oleh kerana itu jugak lah, hati ini berat untuk meninggalkan kampung halamnan ku itu.

Saturday, July 12, 2008

Sabarlah


“Ko tak nak daftar ker jadi ahli rakan muda?”..tanya kawanku, mengarah aku daftar secara online untuk menjadi ahli rakan muda.

“Untuk ape” Tanya ku..

“Saje”

“Hmm, tak per la, aku tak berminat la”

“Yela, dia bukan minat menjadi ahli rakan muda ni., dia minat macam muslimah muslimah yang boring tu..aktiviti dia boring, busana muslimah la, nasyid la, ceramah la.boring la” peril kawan ku di hadapan kawan-kawan ku yang lain.

Hati ini mendengar penuh sabar. Diam tidak bererti aku kalah. Dia mengata sedemikian, bukan sahaja dia membenci aktiviti2 seperti itu, tapi itu sudah seperti tidak sayang islam yang mereka anuti. Aku terkelu dan bermain sendiri kata2 di dalam kota fikiran.


Aku sedar, aku berhadapan dengan orang-orang yang mungkin kurang perfahamanya terhadap agama. Tindakan diam yang sering aku lakukan adalah jalan pintas dari pergaduhan mulut yang mungkin boleh mgakibatkan ikatan ukhwah terjejas. Adalah lebih baik aku diam, dan cuba berdakwah secara berhikmah.

Aku bukan lah sempurna, aku bukan lah dari sekolah agama..tapi aku x kan terlepas dari di tanya kelak tentang tanggunjawab aku. Kerana berpegang pada itu, aku cuba sedaya upaya untuk bergerak memperbaiki sendiri dan cuba berdakwah utk keluarga , sahabat dan sesiapa sahaja.

Aku merasa rendah di sisiMu. Jauhi lah aku dari sifak riak takbur di sepanjang perjalanan aku ini.

Dan aku juga, mahukan apa yang aku katakan dan janjikan, aku laksanakn dengan penuh istiqamah.

Friday, July 11, 2008

Kita Adalah Cermin





“Perempuan Islam kena pakai tudung kan?” Tanya beberapa peserta perempuan India di Kem Seri Perkasa. Pada malam itu saya sedang duduk berbual-bual bersama beberapa orang rakan di dewan makan.

Kami didatangi sekumpulan peserta PLKN India perempuan yang seakan mahu bertanya banyak hal. Dan itu antara soalannya.

“A’ah. Kalau dalam Islam ia dimasukkan dalam kategori wajib yang maksudnya mesti atau tidak boleh tidak buat perkara tersebut. Jadi, semua orang perempuan memang kena pakai tudung tu,” Jawab Zulhaizar kepadanya. Saya sekadar menganggukkan kepala sahaja mengiyakan jawapannya.

“Kalau macam tu kenapa ada peserta perempuan kat bilik kami tak pakai tudung pun bila keluar?” Soalnya pula. Soalannya kali ini sedikit mengejutkan saya. Tidak tahu hendak dijawab bagaimana. Seakan tempelaknya terkena ke muka saya juga.

“Manusia ni walaupun berbeza agama tetapi perangainya tetap sama. Ada yang hendak ikut undang-undang dan ada yang langgar. Samalah macam pelajar sekolah, ada pelajar yang ikut peraturan dan ada pelajar yang tak ikut,” Dan saya harap jawapan ini dapat menjawab soalannya tadi.

Cuma apa yang ingin diutarakan di sini, bukan isu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut. Tetapi isunya adalah jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang rosak bukan sekadar namanya tetapi juga organisasi yang dimasukinya. Mugkin ada sedikit terpantul kepada organisasinya itu.

Begitulah juga dengan agama yang anda pegang hari ini. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Tidak kiralah orang itu agama apa. Tetapi mereka juga memerhati tingkah laku kita.

Dan mungkin jika kita berkelakuan tidak elok, ada jenis yang sekadar mempersoalkannya di dalam hati, tetapi bila sampai ada orang yang mahu mengajaknya masuk ke dalam Islam, jangan hairan jika perkara tersebut yang akan menjadi persoalannya nanti.

Dan andai orang yang melihat jika kita berkelakuan tidak sedap dipandang itu adalah orang Islam sendiri tetapi ragu-ragu dengan keislamannya, mungkin hal ini menjadi lebih parah lagi.

Kita Adalah Cermin

Ada satu lagi kisah yang saya alami semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara dulu. Ada seorang sahabat baik saya seorang lelaki cina, Ng Teng Hong.

“Azree, kamu orang Islam kena sembahyang hari-hari kan?” Saya menganggukan kepala dan kemudian dia menyambung, “Tapi kenapa tak nampak diorang sembahyang pun.”

Itu pandangan seorang beragama Budha terhadap kami peserta Muslim. Kemudian masih dalam perkara yang sama tetapi saya berhadapan dengan peserta lelaki yang beragama Islam pula bila diajak sembahyang sama-sama.

“Kau nak ajak aku buat apa. Tu budak sekolah agama tu, tak sembahyang pun,” Katanya sambil menunjukkan ke arah seorang rakan sebilik. Terasa dengan kata-kata rakan itu, barulah dia sembahyang juga. Tapi, tidak pasal-pasal nama ‘sekolah agama’ juga yang keluar.

Teringat kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya.

Ciri-ciri cermin

Saya cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil. Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan(reflection) yang perlu kita tiru:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.


Kemudian kita lihat pula apa ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:

1. Tidak memilih imej - Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.

2. Boleh berhabuk dan berdebu - Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya.



www.iLuvislam.com
*oleh: Azree Hanifiah

iman ibarat roda

I

Iman ibarat roda sering berlaku apabila aku di sini.---> shah alam

Mungkin persekitaran disini yang penuh dengan tipu daya dunia yg penuh dengan syaitan berupa manusia.

Tapi syukur alhamdulillah, aku sedar dengan surut pasang iman ku..setiap kali mahu ku pejam mata ini, aku berazam untuk menjadikan hari2 esok adalah lebih baik. Sejak pulang ke rumah sewa ini aku asyik kepenatan dengan meeting.

Rasa x berbaloi terdetus dihati tiba2 , kerana bagi ku aktiviti2 yang akan dijalankan kurang memberi impak kepada pelajar2. aku takut nak bersuara.. batas pergaulan juga satu benda yang membuatkan hati aku x senang…adakah ini di namakan ujian utk aku mghadapinya..

Sejak akhir2 ini tangan kanan aku selalu leguh2 ..kkdang aku terfikir ..takut dgn nikmat yang selama ini Allah bagi pada ku..bakal di tarik x lama lagi..selepas aku memikirkannya ..aku jadi bersemangat untuk menaip dan menulis agar nikmat ini aku guna betul pada tempatnya…aku janji x kan main cubit2 manja kat adik2 aku lagi…heheh..rindu….itu lah perasaan yang dapat kugambarkan sekarang…

Aku tertinggal 2 buku catatan yang aku membawanya ke hulur hilir di setiap majlis2 ilmu itu di rumah ku..kalau ada buku itu sekarng , pasti aku seronok membacanya..kerana buku itu adalah sgt bermakna.tercatat ilmu2 yang dicurahkan oleh ustaz2..hmm, nampak gayanya aku perlu wujud satu lagi buku.

Semalam aku pergi library., aku kononnya nak pinjam buku sirah nabi, tapi hasratnya x tercapai..kerana kepenatan dan x tahu arah mana buku itu diletakkan..aku x dapat meminjamnya…sebaliknya aku meminjam buku..HOW TO WRITE.. Huhu..buku tu masih lagi tertutup di atas katil aku..aku nak improve my language n nanti bole membantu aku untuk melakukan assignmemt ..especially , assignment, yang berkaitan untuk summary jurnal..

Iman oh iman…

Mungkin di sini..aku kena kerap membaca dan berdiskusi dengan sahabat 2 yang lbih cenderung pada Islam..agar iman terjaga dan terpelihara

Dan yanga lebih penting, aku seharusnya lebihkan masa di sejadah..JGN HANYA INDAH KATA-KATA ..bangkit dan lakuka..inshaAllah..

..:MENCARI DIRI:.