Sebenarnya hari minggu ini, saya sudah merancang untuk memberi 2 3 artikel untuk di sumbangkan diblog saya ini. Namun, tidak tercapai. Ini kerana saya kepenatan menghabiskan masa saya bersama sahabat lama saya.
Sahabat saya ini, saya sudah kenalinya sejak di sekolah menengah lagi. Kami tidak pernah berpisah. Selepas tamat sekolah menengah, kami sama-sama telah melanjutkan di KMJ (kolej matrikulasi johor, tangkak). Tamatnya pengajian matrikulasi, kami masing-masing ditawarkan di universiti yang sama, iaitu Uitm Shah Alam. Namun, kami berlainan kos.
Setelah saya berpindah ke rumah sewa, hubungan kami mulai regang. Walaupun begitu, kami masih mencari masa yang sesuai untuk berjumpa.
Kami telah keluar bersama pada 19 Julai 2008 dan destinasi pilihan kami adalah Jalan TAR. Ini kerana, masing-masing mahu mencari baju blause dan baju raya. Biasa la perempuan kan..
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Setelah penat masuk 4 5 kedai kain di sepanjang jalan ini, tiba-tiba mata saya tertoleh kedai sebuah buku di
Bagai
Kawan saya tadi terkejut dengan reaksi saya seperti excited state melihat buku tersebut. Tajuk buku tersebut, menambahkan rasa pelik di hatinya.
“ Buku ni buku novel ker ?”
Itu lah ayat pertama yang keluar dari sahabat saya.
Selepas dari itu, saya menerangkan serba sedikit tentang buku tersebut dan tentang pengarang tersebut.
Saya tidak sedikit pun rasa rugi membeli buku tersebut, bagi saya duit biasiswa yang saya dapat itu, adalah perlu saya peruntukkan sedikit untuk membeli bahan-bahan bacaan ilmiah seperti itu.
Walaupun isi buku itu adalah dipetik dari saifulislam.com kesemuannya dan sudah di baca oleh saya. Namun apa salahnya memiliknya as a hard copy untuk saya agar buku itu juga menjadi rujukan untuk saya dan juga supaya saya lebih beringat tentang cinta berulam
No comments:
Post a Comment