“Ko tak nak daftar ker jadi ahli rakan muda?”..tanya kawanku, mengarah aku daftar secara online untuk menjadi ahli rakan muda.
“Untuk ape” Tanya ku..
“Saje”
“Hmm, tak per la, aku tak berminat la”
“Yela, dia bukan minat menjadi ahli rakan muda ni., dia minat macam muslimah muslimah yang boring tu..aktiviti dia boring, busana muslimah la, nasyid la, ceramah la.boring la” peril kawan ku di hadapan kawan-kawan ku yang lain.
Hati ini mendengar penuh sabar. Diam tidak bererti aku kalah. Dia mengata sedemikian, bukan sahaja dia membenci aktiviti2 seperti itu, tapi itu sudah seperti tidak sayang islam yang mereka anuti. Aku terkelu dan bermain sendiri kata2 di dalam kota fikiran.
Aku sedar, aku berhadapan dengan orang-orang yang mungkin kurang perfahamanya terhadap agama. Tindakan diam yang sering aku lakukan adalah jalan pintas dari pergaduhan mulut yang mungkin boleh mgakibatkan ikatan ukhwah terjejas. Adalah lebih baik aku diam, dan cuba berdakwah secara berhikmah.
Aku bukan lah sempurna, aku bukan lah dari sekolah agama..tapi aku x kan terlepas dari di tanya kelak tentang tanggunjawab aku. Kerana berpegang pada itu, aku cuba sedaya upaya untuk bergerak memperbaiki sendiri dan cuba berdakwah utk keluarga , sahabat dan sesiapa sahaja.
Aku merasa rendah di sisiMu. Jauhi lah aku dari sifak riak takbur di sepanjang perjalanan aku ini.
Dan aku juga, mahukan apa yang aku katakan dan janjikan, aku laksanakn dengan penuh istiqamah.
Sekadar berkongsi pengalaman ana:)
ReplyDeleteKalau memang aktiviti sesuatu jemaah Islam dalam mendekatkan orang pada Islam begitu sempit. Sehingga seolah skop Islam itu begitu kecil. Maka ahli pertubuhan Islam itu sendiri perlu bermuhasabah. Mencuba pelbagai pendekatan.
Ana pernah duduk sebilik dengan seorang yang tak berminat dengan aktiviti sebuah pertubuhan Islam di kampus. Rupa-rupanya dia ada sejarah pahit dengan pertubuhan tersebut yang dahulunya sungguh jumud. Selepas tahu dasar pertubuhan itu sudah berubah, ia akhirnya mula menyokong aktiviti-aktiviti pertubuhan itu. Pernah juga seorang rakan dakwah dahulunya tidak minat pada Islam kerana melihat Islam (yang dibawa golongan 'pendakwah' di campus) begitu tertutup dan tidak saintifik. Sedangkan beliau begitu into science.
Mungkin kalau berjaya mengcungkil lebih dalam dan cuba memahami mengapa kita atau aktiviti kita dilihat bosan. Boleh usahakan satu approach yang lebih 'fresh'. Wallahua'lam. Ana mungkin tidak begitu berpengalaman berbanding enti:)
terima kasih dengan pengkongsian pengalaman anta.
ReplyDeleteAna masih baru didunia usrah ini. Dan masih mencari untuk menperbaiki diri.