Sepanjang minggu ini saya sibuk semacam dengan program yang di bawah pgurusan saya. Sedih melihat blog yang tak ada pengisian baru. Oleh kerana itu, saya memcuri sedikit masa ini, untuk sekadar berkongsi pengalaman baru yang saya dapat dari menganjurkan program ini. Program yang saya anjurkan ini adalah program mentor mentee yang objektifnya adalah merapatkan silaturahim antara pelajar senior dan junior sains pendidikan UiTM. Di samping objektif utama ialah untuk menyalurkan maklumat2 yang berkaitan untuk junior baru agar mereka lebih petah berada di kampus ini.
Saya tidak suka untuk menceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu, ini kerana ianya bukan berbentuk ilmiah, ianya hanya lebih kepada aktiviti-aktiviti santai yang merehatkan minda.
Saya tertarik dengan ucapan sahabat saya di awal program itu bermula.
" Kita sebagai mahasiswa, jangan memegang prinsip 3k dalam kehidupan di kampus ini. Jika kamu menjalankan kehidupan 3k, apabila kamu tamat pengajian, kamu tidak ada pengalaman yang menyeronokkan untuk di kenang dan di ceritakan kepada pelajar-pelajar kamu (kami bakal pendidik). Mungkin kamu boleh bercerita tentang pengalaman, tapi pengalaman kamu amat membosankan dan sudah biasa diceritakan oleh orang lain."
Apa itu Kehidupan 3k itu ?
Kehidupan 3k itu merujuk kepada Kuliah-Kafe-Kolej/ Rumah Sewa.
Melalui ucapan itu, saya menyedari satu hakikat, jika kita tidak menggunakan peluang yang ada di depan mata, kita juga yang akan rugi. Berbalik kepada diri sendiri dan ibadat kita, jika kita asyik tangguh dan tertangguh, kita juga kelak yang akan rugi. Peluang yang ada bukan selalunya ada, dan jangan sudah terlambat baru hendak memulakanya. Seperti juga usia kita, jangan di tunggu uban dah penuh kat kepala baru nak bertaubat. Sesungguhnya kematian itu, bila-bila masa akan berlaku, tidak kira tua mahupun muda.
No comments:
Post a Comment