aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

A New kind of love



hari pertama dan kedua kena jadi cikgu pra sekolah =)


Hari ni , hari pertama mengajar budak darjah satu dan dua. TROUBLE-adalah perkataan yang boleh saya gambarkan dalam kelas tadi. Walaupun mempunyai pengalaman mengajar semasa praktikal hari tu, tapi classroom management utk sekolah menengah dan rendah sangat berbeza, Tambahan lagi, dapat praktikal hari tu sekolah yang pelajarnya terpilih.

Tak pernah dalam hidup bermimpikan nak mempunyai murid-murid yang buang air besar dalam seluar, yang bila disuruh baru menulis, yang obses dengan cikgu..uwaaa..macam2 ada budak2 sekolah rendah.. Rasa nak nangis pun ada. Rasa nak gelak pun ada. Naik darah bila ada yang tak dengar arahan. Sebenarnya itulah , realiti sebenarnya seorang guru untuk mengawal pelajar. Cuma masa praktikal, tak rasa sangat cabarannya compare kawan-kawan yang dapat sekolah yang sangat aktif tu.

"Teacher, dia berak dalam seluarlah tadi"
"hah"..shock...
Masa tu, rasa blur, nak buat apa lah dengan budak darjah satu. Bila ditanya , dia kata dah basuh dah, seluar dia basah. Kasihan kat dia, pucat...

Pastu, bila saya guna perkataan ni ..

"siang(loghat trganu) kat kawan awk tu sakit perut, tak baik gelakkan dia"..
"Teacher, bukan siang la kasihan la teacher..siang tu siang ikang "..kata seorang murid lain yang nak betulkan loghat saya, padahal dia pun org ganu gak...fuu


Walaubagaimanapun, saya bersyukur dengan pekerjaan sekarang iaitu seorang guru ganti di sebuah sekolah rendah di bandar kuala terengganu. Dimana, banyak pengalaman yang tak pernah saya lalui semasa praktikal dulu ada disini.

guru besar yang sempoi sedang berucap masa hari sambutan hari raya (my first day)


Guru-guru disini pun sangat ramah. Saya agak mengantuk di bilik guru. Apa boleh buat, tak reti nak menyambuk cikgu-cikgu bercakap pasal dunia mak2 pastu tempat saya plak di meja2 cikgu laki yang lain, sebab cikgu yang saya ganti duk kat situ..nasib la..tapi ok gak lah, sebab cikgu2 laki kat situ tak suka duk dalam bilik guru, dia suka melepak bilik ICT kut.

Sampai hari ni tak pergi ke kantin lagi. Tak ada kawan nak pergi. Rindu la plak masa praktikal, pergi ramai-ramai kantin.

Untuk esok, saya dah sediakan gula-gula untuk kelas yang paling "BAGUS"tu..

CIKGU NIZA A.K.A nama baru teacher za , don't give up...

Rukun-rukun wuduk

  1. Niat. Dilakukan ketika hendak membasuh muka.
  2. Basuh Muka. Alirkan air dan ratakan keseluruh muka dari dahi hingga dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri sebanyak 3 kali.
  3. Basuh kedua tangan dan siku. Alirkan dan ratakan air dari siku hingga ke jari jemari. Mulakan tangan dan selepas itu tangan kiri sebanyak 3 kali.
  4. Sapu air dikepala. Sapu dan ratakan air dikepala sekurang-kurangnya 3 helai rambut.
  5. Basuh kedua kaki. Alir dan ratakan air dari jari jemari kaki, tumit hingga ke buku lali kaki. Lakukan 3 kali dan dimulai dengan kaki kanan.
  6. Tertib.
Rujukan
1.http://megat.net/wuduk-perkara-wajib-sebelum-menunaikan-solat.html


Kadang-kadang saya keliru yang mana satu sunat yang mana satu wajib. Kalau untuk orang yang uzur atau ketika ketiadaan air (air tak cukup), nak jimat air, kita boleh ambik yang wajib je..

Tuesday, September 29, 2009

Saya tak suka

Alahai..menyesal plak tukar backgroud blog ni..habis m chat box n links hilang...cam dull je blog ni x de links n chat box tu..hmm..camner nak letak balik ni..lemah tul klu nak megedit ni..

hmm...frustrated laks tgok blog...

Sunday, September 27, 2009

Tangisan seorang kanak-kanak


Kadang-kadang orang nak kawin ni tak berapa nak fikir benda yang akan datang. Fikir benda yang indah-indah je. Pastu bila sudah sampai masanya menghadapi tangisan anak-anak, telatah-telatah yang pelbagai dari anak-anak, kepenatan yang teramat melayan anak-anak , mereka mulalah melatah sini sana.

Betulkan niat dan fikirkan ke depan. Nak bina sebuah keluarga bukan kita selalu berdua je, tapi mungkin bersepuluh dan mungkin lebih dari itu.

Walaupun tak pernah kawin, namun selepas banyak baca buku-buku tentang rumahtangga , baca dari blog org lain dan juga pengalaman menjaga anak-anak kecil ni, tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis serba sedikit apa yang bermain di kotak minda saya.

Bagaimana saya nanti. Takut pula kerana kadang-kadang kurang sabar dengan budak-budak kecil.

Si kecil yang berumur 2 tahun lebih biasanya mula mahukan lebih perhatian. Mereka banyak meragam untuk menarik perhatian org lain. Pujian kepada mereka amat berguna untuk mengalakkan mereka melakukan lagi perkarayang baik. Contohnya dia menyusun barang, dan kita memuji si kecil. Bila mereka menangis, jangan memarahinya namun cuba sejukkan hatinya atau mengalih perhatiannya kearah benda lain ataupun sesuatu yang lain. Namun cara ini tak semua budak boleh pakai, kerana lain budak, lain ragamnya.

Saya menulis ni bukan nak menghentam siapa-siapa, tapi lebih kepada untuk mengingatkan diri sendiri terutamnya agar lebih banyak bersabar dan kreatif dalam melayani budak-budak dan inshaAllah jika dipanjangkan umur melayan telatah anak-anak saya sendiri.

Mungkin disini, kita boleh anggap telatah si kecil sebagai ujian untuk kita. Contoh anak saudara saya, susah nak makan, kadang2 paksa makan pun tak nak. So, di sini, sebagai org dewasa kita hendaklah bersabar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Berusaha banyak cabangnya. Bukan sahaja mencari ubat , memeriksa si kecil di hospital namun selalu berdoa kepadaNya dan mungkin juga mengamalkan amalan-amalan selawat dan dihembuskan kepada si kecil.

Kita pun pernah kecil dulu,betapa susahnya mak ayah membesarkan kita.

Ya Allah , ampunkan dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka membesarkanku sewaktu aku kecil dahulu...amin

Saturday, September 26, 2009

Rasulullah saw Model Lelaki Sejati

Pernah seorang sahabat bertanyakan kepada saya; “Bagaimanalah kita hendak mengikut Rasulullah saw sedangkan dengan hanya satu isteri pun sudah tidak mampu berlaku adil dan anak seorang pun dibiarkan terbiar.”

Wahai lelaki keturunan Adam, muhasabahkanlah dirimu, kenalilah peribadimu dan hiasilah amalanmu seperti amalan Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati. Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji Baginda dapat diketahui menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan Baginda yang bersikap adil dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, Baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila Baginda mahu makan, Baginda makan apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban, katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.”

Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau garang sehingga sanggup mencederakan isteri. Dalam kehidupan berpoligami, Baginda adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan. Baginda pandai memainkan peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaannya. Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?”.

Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya satu ketika nanti. Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya”.

Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah saw kerana setiap seorang menyangka bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah saw bertindak sebagai suami yang pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri. Malah, jika direnung kembali wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri). Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah S.W.T.” Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah saw menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.


Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan. Lalu Rasulullah saw berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.”

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj. Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”. Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.

Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah Hasanah hidupmu wahai Muslim!


diambil dari laman web :iluvislam.com

Friday, September 25, 2009

Rindu

Esok mahu balik kampung, inshaAllah.

Nak balik kampung belah ayah. Walaupun tok dan tokki (atuk) saya sudah lama tiada, tapi kampung di sana kuat memanggil saya untuk pulang kesana.

rindu asyik bertandang sepanjang minggu ini. Rindu pada yang telah pergi selamanya.

Dulu, kalau time raya , tok besut (nenek) lah org yang paling banyak bagi duit.

Not rm 50 adalah nilai yang sangat tinggi ketika itu .

Tok...rindu kat tok..

Semua yang hidup pasti yang mati. Hanya doa yang mengiring mereka yang telah pergi.

Untuk kedua2 tokki(atuk), yang tak pernah saya bersua muka, saya tetap menyayanginya, dan asyik membayangkan muka tokki2 saya. Mak kata, tokki2 saya kurus je. Sorang putih dan muka macam abang ketiga dan sorang hitam manis. Mesti hesem macam cucu-cucunya=)

Thursday, September 24, 2009

Tak sabar nak balik kampung


Raya pertama, lokasi=bukit guntung

Wednesday, September 23, 2009

Berhenti berharap




Penat itu jawapan bagi keadaan tubuh sekarang.

Sedih, bila teringat apa yang terjadi hari ini.

Rindu, jawapan pada perasaan sekarang.

apa ni , macam-macam perasaan dan mood ni..

Hari ini, insan dirindui datang rumah namun saya yang takut kecewa ambik keputusan tak nak tunggu dia datang. Saya telah ikut kawan saya pergi majlis kawin abang kawan saya di rumah sebelah perempuan.



Namun, syukur adalah benda paling penting untuk mengubat hati yang tengah sedih keran a perbuatan sendiri yang tidak sabar menu nggu insan itu.

Suaranya pengubat kerinduan...

to kak mala:

w N..Sangat rindu kat kak mala. Rindu nak dengar kak mala nasihat, bercerita , kak mala gelak..
Namun, kita merancang Allah yang menentukannya. Bukan tak sabar nak menunggu kak mala, tapi w N, begitu takut pada kecewa bila kak mala tak datang hari ini..


to Hati yang lara;

Jangan bersedih lagi, takdir menentukan segalaNya..

Pasti ada hikmah untuk semua ini.

memories

Jalan-jalan itu adalah kenangan,
Pantai itu adalah kenangan,
Masjid itu adalah kenangan.

Jumaat adalah hari kita,
Semua kenangan takkan kembali,
Biarlah ianya berlalu.

Aku berHENTI BERHARAP...




Doaku


Ya Allah, permudahkan urusan seharian insan2 yang ku merindui ini dan jadikan pertemuan kami nanti hanya keranaMu =(

Ya Allah, jadikan rinduku ini pada insan2 yang kuteramat rindu itu adalah rindu keranaMu =(



Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Aidilfitri dari dari sucimurni.blogspot.com.

Seribu kemaafan dipinta dari penulis sucimurni.blogspot.com diatas kekasaran, kesilapan, ketaksengajaan semasa mencoret kata-kata disini...

Semoga lebaran ini memberi seribu makna kepada anda semua.


P/s : sori lambat wish, ....dah rayer ke 4, but still ok nak wish hari rayer kan?...

Saturday, September 19, 2009

Ulangtahun kelahiran ke 22



Ni post utk semalam..tapi x sempat nak post kan, letih dan banyak keje sangat..

Selamat Ulangtahun kelahiran niza(diri sendiri)...

Genap sudah umur saya berusia 22 tahun (sudah tua )

Mengikut cerita dari emak, saya lahir lebih kurang 7 pagi hari jumaat. Kelahiran saya adalah sangat ditunggukan kerana sebelum ini, mak ayah saya dikurniakan anak2 lelaki sahaja.

Kelahiran saya melengkapi lagi keluarga saya ini. Saya dilahirkan di rumah tok saya di bukit tunggal, kuala terengganu, terengganu.

Tadi saya tanya mak saya, siapa yang sambut kelahiran saya. Mak saya cakap seorang bidan kampung yang menyambut kelahiran saya.

" Cam ner rupa , bentuk muka akak mase baru lahir?" soal saya pada mak saya.
" kulit kakak macam beras pulut, putih seleput(loghat terengganu), muka bulat getel" jwb mak saya

Tapi sekarang dah banyak berubah , kulit semakin hitam , ya lah sesuai dengan iklim malaysia, muka panjang sikit tak bulat macam mak dah..heheh..

"Kakak mase baru lahir lembut sangat , takut nak pegang tubuh kakak..Tapi kata bidan, dalam kelembutan tubuh bayi ni, bayi ni semangat".
IMPIAN si kecil wan nor a.k.a kakak a.k.a.k niza a.k.ak "eza" a.k.a.k teacher niza a.k.a.k wan

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada impian tersendiri. Sejak kecil lagi saya mempunyai impian sendiri. Walaupun kadang-kadang impian tu tak masuk akal.

Masa kecil, saya suka pada pen dan kertas kosong. Ya, tersangat tersuka. Sindrom sangat suka ini memuncak masa saya baru hendak menerjah ke alam persekolahan sampai la saya ke alam persekolahan. Saya suka menulis, saya suka menconteng , saya suka meluahkan perasaan saya pada kertas, saya suka melukis muka orang saya benci atas kertas..Tapi itu dulu. Semakin hari, semakin dewasa , saya makin jauh pada apa yang pernah saya suka. Adalah sebabnya tersendiri.

Namun, dalam sekelumit hati saya, saya masih suka pada benda yang saya pernah suka masa kecil.

Itu kehidupan saya, itu kenangan saya, itu adalah saya.
SEORANG KAKAK

Semalam selepas puas melayari internet dan menunggu sms dari kwn2 utk wish burfday, saya akhirnya mengalah kerana tak ramai yang nak wish pagi2 bute..heheh..biasala , letih berpuasa, tido awal agaknya ..

Tiba-tiba, saya bersemangat pula nak bercerita kisah2 suka duka saya sebagai seorang insan yang lemah pada 2 orang adik saya.

Panjang bercerita. Kadang2 kami sama2 berdiam, hanya bunyi kipas memecah hening malam.

Dulu, kakak suka bercita-cita,kalau bab aurat, masa kakak sekolah rendah, kakak sendiri nak pakai tudung. Bila besar sikit, kakak rasa macam tak complete jer cara tutup aurat, kakak pun berjinak2 beli stoking, walaupun tak pakai mana. Bila tengok kak mala (jiran), pakai jubah n tudung labuh, kakak suka sangat sampai bercita-cita nak jadi macam dia. Kakak serius kat sekolah, sebab tu masa sekolah cikgu pilih kakak jadi pengawas.

Masa sekolah menengah, kawan kakak pernah cakap kakak ni seorang yang skema saangat. Betul kut?.. Mungkin sebab semua benda kakak nak ikut peraturan. Mungkin sebab sikap itulah menjadikan kakak macam gini sekarang.

Sebelum masuk matrikulasi, kakak takut sangat nak masuk takut terpengaruh dengan kawan2, sebab kakak bukan budak baik sangat. Cuma ada keinsafan sikit je.

So, masa cuti tunggu result dan keputusan matrik, kakak selalu doa

"Ya Allah usahlah engkau ujiku dengan ujian yang tak mampu aku lalui dan Ya Allah, kerana aku sangat lemah , kurniakan aku sahabat-sahabat yang baik agar aku terdorong ke jalanMu.."

Alhamdulillah, kat matrik kakak jumpa kawan-kawan yang baik, yang senang di ajak untuk ke surau, yang suka menasihati ke arah kebaikan, yang meredakan api kemarahan dengan mengajar meredakan api kemarahan dengan kesejukan kalimah2 suci.

Mungkin Allah telah beri satu peluang yang berharga di matrik dan bila di universiti , saya diuji dengan persekitan universiti, kawan-kawan baik sebilik, serumah mahupun coursemate. Mana mungkin seorang insan itu tak diuji langsung.

Walaupun begitu, dengan sedikit ilmu dan iman yang nipis ini kakak lalui juga.

"Kakak, nak tanya ni, pakai stoking tu wajib ke guana." soal adik saya.
"ok, lelaki boleh tgok tubuh kita kat mane je?"soal sy balik.
"Hmm, muka dengan tangan je kang kakak ork?..
" Aah, tulah jawapannya...kaki kita aurat...
"Tapi, bakpe ramai ngat tak pakai stoking?..
"Sebab ramai yang tahu tapi buat2 tak tahu"
" Doh kira dosa lah"
"Dosa lah, tapi kita jangan lah anggap benda ni beban sangat. Kalau nak pakai stoking, pakai slow2la..asalkan beristiqamah.."

Kami sembang sampai larut malam , sampaikan bila dah abes borak, mata susah sangat nak tidur...

TAHUN INI..

Banyak belajar ..
1. Mengajar student kat sekolah..reality as a teacher
2. Buat biskut raya dan masak2 kat dapur..dan boleh la masok2 utk adik2..heheh
3. Mengawal emosi yang selalu emo...silent treatment
4. Erti kesabaran menunggu hadiah dariNya,..
5.etc

Apa yang saya belum terlaksana..
1. Belum abis belajar, tggal satu sem lagi..
2. Belum jumpa orang yang saya nak jumpa kak mala dan aniza hamzah
3.Belum beli handphone yang ok sket selepas kene curi tahun lepas...bile nak beli ni, kena kumpul duit ma...
4.


APA YANG SUDAH TERLAKSANA
1. Sudah dapat jawapan , selepas 2 tahun menghantui hidup..heheh..secret recipe!
2.


IMPIAN ..TAK NAK IMPIAN NI HANYA IMPIAN JE..
1. Nak pergi umrah or haj or both, tak kira bila...ada rezeki inshaAllah sampai.
2. Nak mempunyai sebuah rak buku sendiri yang mengandungi koleksi2 buku2 ilmiah saya
3. Nak menjadi cikgu yang berdedikasi bukan seorang seorang guru 25hb sahaja.
4. Nak beli setiap seorang adik2 saya dan mak saya sepasang baju kurung, tudung dan stoking..=)
5. Kawin?..hmm..tak tahula..perempuan yang baik utk lelaki yang baik..k
6.DCLR..Sbb suka ambik gambar sgt...kalau tak jadi cikgu nanti, jadi tukang ambik gambo la kut..
7...banyak nyer...dah la koya...back to reality niza..ok

Dah asar, i should stop here ..

Sunday, September 6, 2009

Engkau destinasiku

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Lagu ini telah dinyanyikan oleh peljar2 lelaki tingkatan 4 sekolah saya berpraktikal semasa malam jamua perpisahan..masa mereka menyanyi, hati saya tersentuh dengan lagu ni, dengan gaya mereka itu telah berjaya mengenangkan air mata seorang guru praktikal yang hanya mengajar mereka 3 bulan, tapi terasa ikatan silaturahim antara seorang guru dengan pelajar sgt kuat.... semasa sajak kedua dibacakan, tangan saya shaking ambik video diorang...dengan tak disangka2 lagi, air mata mengenang lagi..

seikhlas hati, rasa sayang hendak meninggalkan sekolah...rasa sangat dihargai oleh student pada malam itu, walaupun bukan itu diminta..

Tambah lagi rasa terharu apabila kedua2 kelas yang saya mengajar , menyanyikan lagu2 utk saya serta syair dari pelajar tingkatan 1....

nak upload disini..tapi cam sussah je..dah try , tp tak dapat...


lagu barney ..i luv u, u love me pun ade dinyanyikan utk saya...

for my 1st students...

I LOVE U ~

............teacher aNiza..............end of my practicum 15 jUne ~ 4 september 2009.....

Selamat semuannya


Bukan selamat diijakabulkan ye..tapi selamat sudah sesi berpraktikal.

Haro-hari terakhir say di sekolah, saya sangat gembira walaupun sedikit keletihan kerana banyak urusan perlu selesai. Alhamdulillah, lastly semuanya selamat.


SAMBEST dihatiku...i gonna miss my students...=(