Selamat Ulangtahun kelahiran niza(diri sendiri)...
Genap sudah umur saya berusia 22 tahun (sudah tua )
Mengikut cerita dari emak, saya lahir lebih kurang 7 pagi hari jumaat. Kelahiran saya adalah sangat ditunggukan kerana sebelum ini, mak ayah saya dikurniakan anak2 lelaki sahaja.
Kelahiran saya melengkapi lagi keluarga saya ini. Saya dilahirkan di rumah tok saya di bukit tunggal, kuala terengganu, terengganu.Tadi saya tanya mak saya, siapa yang sambut kelahiran saya. Mak saya cakap seorang bidan kampung yang menyambut kelahiran saya.
" Cam ner rupa , bentuk muka akak mase baru lahir?" soal saya pada mak saya.
" kulit kakak macam beras pulut, putih seleput(loghat terengganu), muka bulat getel" jwb mak saya
Tapi sekarang dah banyak berubah , kulit semakin hitam , ya lah sesuai dengan iklim malaysia, muka panjang sikit tak bulat macam mak dah..heheh..
"Kakak mase baru lahir lembut sangat , takut nak pegang tubuh kakak..Tapi kata bidan, dalam kelembutan tubuh bayi ni, bayi ni semangat".
IMPIAN si kecil wan nor a.k.a kakak a.k.a.k niza a.k.ak "eza" a.k.a.k teacher niza a.k.a.k wan
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada impian tersendiri. Sejak kecil lagi saya mempunyai impian sendiri. Walaupun kadang-kadang impian tu tak masuk akal.
Masa kecil, saya suka pada pen dan kertas kosong. Ya, tersangat tersuka. Sindrom sangat suka ini memuncak masa saya baru hendak menerjah ke alam persekolahan sampai la saya ke alam persekolahan. Saya suka menulis, saya suka menconteng , saya suka meluahkan perasaan saya pada kertas, saya suka melukis muka orang saya benci atas kertas..Tapi itu dulu. Semakin hari, semakin dewasa , saya makin jauh pada apa yang pernah saya suka. Adalah sebabnya tersendiri.
Namun, dalam sekelumit hati saya, saya masih suka pada benda yang saya pernah suka masa kecil.
Itu kehidupan saya, itu kenangan saya, itu adalah saya.
SEORANG KAKAK
Semalam selepas puas melayari internet dan menunggu sms dari kwn2 utk wish burfday, saya akhirnya mengalah kerana tak ramai yang nak wish pagi2 bute..heheh..biasala , letih berpuasa, tido awal agaknya ..
Tiba-tiba, saya bersemangat pula nak bercerita kisah2 suka duka saya sebagai seorang insan yang lemah pada 2 orang adik saya.
Panjang bercerita. Kadang2 kami sama2 berdiam, hanya bunyi kipas memecah hening malam.
Dulu, kakak suka bercita-cita,kalau bab aurat, masa kakak sekolah rendah, kakak sendiri nak pakai tudung. Bila besar sikit, kakak rasa macam tak complete jer cara tutup aurat, kakak pun berjinak2 beli stoking, walaupun tak pakai mana. Bila tengok kak mala (jiran), pakai jubah n tudung labuh, kakak suka sangat sampai bercita-cita nak jadi macam dia. Kakak serius kat sekolah, sebab tu masa sekolah cikgu pilih kakak jadi pengawas.
Masa sekolah menengah, kawan kakak pernah cakap kakak ni seorang yang skema saangat. Betul kut?.. Mungkin sebab semua benda kakak nak ikut peraturan. Mungkin sebab sikap itulah menjadikan kakak macam gini sekarang.
Sebelum masuk matrikulasi, kakak takut sangat nak masuk takut terpengaruh dengan kawan2, sebab kakak bukan budak baik sangat. Cuma ada keinsafan sikit je.
So, masa cuti tunggu result dan keputusan matrik, kakak selalu doa
"Ya Allah usahlah engkau ujiku dengan ujian yang tak mampu aku lalui dan Ya Allah, kerana aku sangat lemah , kurniakan aku sahabat-sahabat yang baik agar aku terdorong ke jalanMu.."
Alhamdulillah, kat matrik kakak jumpa kawan-kawan yang baik, yang senang di ajak untuk ke surau, yang suka menasihati ke arah kebaikan, yang meredakan api kemarahan dengan mengajar meredakan api kemarahan dengan kesejukan kalimah2 suci.
Mungkin Allah telah beri satu peluang yang berharga di matrik dan bila di universiti , saya diuji dengan persekitan universiti, kawan-kawan baik sebilik, serumah mahupun coursemate. Mana mungkin seorang insan itu tak diuji langsung.
Walaupun begitu, dengan sedikit ilmu dan iman yang nipis ini kakak lalui juga.
"Kakak, nak tanya ni, pakai stoking tu wajib ke guana." soal adik saya.
"ok, lelaki boleh tgok tubuh kita kat mane je?"soal sy balik.
"Hmm, muka dengan tangan je kang kakak ork?..
" Aah, tulah jawapannya...kaki kita aurat...
"Tapi, bakpe ramai ngat tak pakai stoking?..
"Sebab ramai yang tahu tapi buat2 tak tahu"
" Doh kira dosa lah"
"Dosa lah, tapi kita jangan lah anggap benda ni beban sangat. Kalau nak pakai stoking, pakai slow2la..asalkan beristiqamah.."
Kami sembang sampai larut malam , sampaikan bila dah abes borak, mata susah sangat nak tidur...
TAHUN INI..
Banyak belajar ..
1. Mengajar student kat sekolah..reality as a teacher
2. Buat biskut raya dan masak2 kat dapur..dan boleh la masok2 utk adik2..heheh
3. Mengawal emosi yang selalu emo...silent treatment
4. Erti kesabaran menunggu hadiah dariNya,..
5.etc
Apa yang saya belum terlaksana..
1. Belum abis belajar, tggal satu sem lagi..
2. Belum jumpa orang yang saya nak jumpa kak mala dan aniza hamzah
3.Belum beli handphone yang ok sket selepas kene curi tahun lepas...bile nak beli ni, kena kumpul duit ma...
4.
APA YANG SUDAH TERLAKSANA
1. Sudah dapat jawapan , selepas 2 tahun menghantui hidup..heheh..secret recipe!
2.
IMPIAN ..TAK NAK IMPIAN NI HANYA IMPIAN JE..
1. Nak pergi umrah or haj or both, tak kira bila...ada rezeki inshaAllah sampai.
2. Nak mempunyai sebuah rak buku sendiri yang mengandungi koleksi2 buku2 ilmiah saya
3. Nak menjadi cikgu yang berdedikasi bukan seorang seorang guru 25hb sahaja.
4. Nak beli setiap seorang adik2 saya dan mak saya sepasang baju kurung, tudung dan stoking..=)
5. Kawin?..hmm..tak tahula..perempuan yang baik utk lelaki yang baik..k
6.DCLR..Sbb suka ambik gambar sgt...kalau tak jadi cikgu nanti, jadi tukang ambik gambo la kut..
7...banyak nyer...dah la koya...back to reality niza..ok
Dah asar, i should stop here ..
assalamualaikum.. selamat ulang tahun kelahiran.. selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir wa batin,,,
ReplyDeletemaaf, akk duk gombak..xde transpot nk g kedai beli topup.. esok2 blik s.alam bru nk tpup.. late does mean i forgot.. ana uhibbuki fillah...