aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

A New kind of love



hari pertama dan kedua kena jadi cikgu pra sekolah =)


Hari ni , hari pertama mengajar budak darjah satu dan dua. TROUBLE-adalah perkataan yang boleh saya gambarkan dalam kelas tadi. Walaupun mempunyai pengalaman mengajar semasa praktikal hari tu, tapi classroom management utk sekolah menengah dan rendah sangat berbeza, Tambahan lagi, dapat praktikal hari tu sekolah yang pelajarnya terpilih.

Tak pernah dalam hidup bermimpikan nak mempunyai murid-murid yang buang air besar dalam seluar, yang bila disuruh baru menulis, yang obses dengan cikgu..uwaaa..macam2 ada budak2 sekolah rendah.. Rasa nak nangis pun ada. Rasa nak gelak pun ada. Naik darah bila ada yang tak dengar arahan. Sebenarnya itulah , realiti sebenarnya seorang guru untuk mengawal pelajar. Cuma masa praktikal, tak rasa sangat cabarannya compare kawan-kawan yang dapat sekolah yang sangat aktif tu.

"Teacher, dia berak dalam seluarlah tadi"
"hah"..shock...
Masa tu, rasa blur, nak buat apa lah dengan budak darjah satu. Bila ditanya , dia kata dah basuh dah, seluar dia basah. Kasihan kat dia, pucat...

Pastu, bila saya guna perkataan ni ..

"siang(loghat trganu) kat kawan awk tu sakit perut, tak baik gelakkan dia"..
"Teacher, bukan siang la kasihan la teacher..siang tu siang ikang "..kata seorang murid lain yang nak betulkan loghat saya, padahal dia pun org ganu gak...fuu


Walaubagaimanapun, saya bersyukur dengan pekerjaan sekarang iaitu seorang guru ganti di sebuah sekolah rendah di bandar kuala terengganu. Dimana, banyak pengalaman yang tak pernah saya lalui semasa praktikal dulu ada disini.

guru besar yang sempoi sedang berucap masa hari sambutan hari raya (my first day)


Guru-guru disini pun sangat ramah. Saya agak mengantuk di bilik guru. Apa boleh buat, tak reti nak menyambuk cikgu-cikgu bercakap pasal dunia mak2 pastu tempat saya plak di meja2 cikgu laki yang lain, sebab cikgu yang saya ganti duk kat situ..nasib la..tapi ok gak lah, sebab cikgu2 laki kat situ tak suka duk dalam bilik guru, dia suka melepak bilik ICT kut.

Sampai hari ni tak pergi ke kantin lagi. Tak ada kawan nak pergi. Rindu la plak masa praktikal, pergi ramai-ramai kantin.

Untuk esok, saya dah sediakan gula-gula untuk kelas yang paling "BAGUS"tu..

CIKGU NIZA A.K.A nama baru teacher za , don't give up...

3 comments:

  1. Kalu tak silap.. cg Zakri kah itu yang pakai baju kaler pich..
    yang mengajar math.

    ReplyDelete
  2. aah, ye kut, skrg ni dia pk koko..

    ReplyDelete
  3. tumpang lalu teacher za..

    ReplyDelete