Kadang-kadang orang nak kawin ni tak berapa nak fikir benda yang akan datang. Fikir benda yang indah-indah je. Pastu bila sudah sampai masanya menghadapi tangisan anak-anak, telatah-telatah yang pelbagai dari anak-anak, kepenatan yang teramat melayan anak-anak , mereka mulalah melatah sini sana.
Betulkan niat dan fikirkan ke depan. Nak bina sebuah keluarga bukan kita selalu berdua je, tapi mungkin bersepuluh dan mungkin lebih dari itu.
Walaupun tak pernah kawin, namun selepas banyak baca buku-buku tentang rumahtangga , baca dari blog org lain dan juga pengalaman menjaga anak-anak kecil ni, tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis serba sedikit apa yang bermain di kotak minda saya.
Bagaimana saya nanti. Takut pula kerana kadang-kadang kurang sabar dengan budak-budak kecil.
Si kecil yang berumur 2 tahun lebih biasanya mula mahukan lebih perhatian. Mereka banyak meragam untuk menarik perhatian org lain. Pujian kepada mereka amat berguna untuk mengalakkan mereka melakukan lagi perkarayang baik. Contohnya dia menyusun barang, dan kita memuji si kecil. Bila mereka menangis, jangan memarahinya namun cuba sejukkan hatinya atau mengalih perhatiannya kearah benda lain ataupun sesuatu yang lain. Namun cara ini tak semua budak boleh pakai, kerana lain budak, lain ragamnya.
Saya menulis ni bukan nak menghentam siapa-siapa, tapi lebih kepada untuk mengingatkan diri sendiri terutamnya agar lebih banyak bersabar dan kreatif dalam melayani budak-budak dan inshaAllah jika dipanjangkan umur melayan telatah anak-anak saya sendiri.
Mungkin disini, kita boleh anggap telatah si kecil sebagai ujian untuk kita. Contoh anak saudara saya, susah nak makan, kadang2 paksa makan pun tak nak. So, di sini, sebagai org dewasa kita hendaklah bersabar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Berusaha banyak cabangnya. Bukan sahaja mencari ubat , memeriksa si kecil di hospital namun selalu berdoa kepadaNya dan mungkin juga mengamalkan amalan-amalan selawat dan dihembuskan kepada si kecil.
Kita pun pernah kecil dulu,betapa susahnya mak ayah membesarkan kita.
Ya Allah , ampunkan dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka membesarkanku sewaktu aku kecil dahulu...amin

salam..
ReplyDeletesatu peringatan yg sangat baik.. =)
wsalam..
ReplyDeleteperingatan utk kita semua yang kadang2 terlepas pandang..syukran kerana berkunjung disini