aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

Bila CINTA datang menjemput

Baru saje pasang niat nak tulis blog betul-betul. Tapi sehari dua ni dah mula dah rasa malas yang melampau.

Banyak idea. Percayalah. Mencurah-curah seperti hujan sekarang ni. Tapi beku kesejukan bak sejuk dek hujan yang sudah berhari2 lamanya.


gambar hiasan

Gambar diatas tiada kaitan yang mati mahupun hidup. Saya hanya nak berkongsi gambar ni dengan semua. Ni adalah hantaran tunang yang saya cendok gambar ni dari koleksi gambar kawan saya. Dia yang bagi gambar ni, dia cakap ni hantaran tunang.
.......................................................................................................................................................................

"Abang dah nak kawin, ko bila lagi?" soal kawan saya.

"Hmm, mungkin tahun depan dan mungkin juga 10 tahun lagi"..jawab saya.

"Kenapa pulak ?'

"Ya lah, kita merancang Allah yang tentukan" jawab saya (entah mengapa saya tak tahu, hari tu saya pelik sket =))

"Sori ye, aku nak tanya betul2 ni..Ko ni dah ada pakwe ke tak"

"Kenapa soalan tu wajib ditanya. Believe or not. I************."saya jawab ringkas , jelas, tulus dan ikhlas.

FULLSTOP..

Malas nak cerita dah..

Kadang-kadang, saya terfikir adakah salah jika tak ada boyfriend ?

p/s: star star (*******) tu adalah lebih baik.

........................................................................................................................................................................

Saya teringat zaman matrikulasi dulu. Seorang kawan rapat saya yang berubah bila masuk matrik. Saya sayang dia sebab dia baik. Namun saya tak pernah sisihkan dia. Saya masih berkawan. Kadang-kadang melayan perangai dia (ada batasnya) agar dia boleh cerita masalahnya dan saya lebih faham dia. Saya tak takut kalau dia baca entri ni. Cuma saya nak dia tahu. Saya bukan busybody. Tapi saya tak nak dia lupa batas-batas yang ditentukanNya.

"Kenapa ko suka sangat lelaki tu?" tanya saya.

"Etah la, dia baik , caring , pandai ambik hati aku..banyak la..Walaupun tak hesem, hati dia baik taw.."jawab kawan saya.

"Aku tak cukup caring ker?" tanya saya balik sambil gelak-gelak santai.

"Tak la. Ko lain. Lagipun aku takutlah...."dia bersuara lagi

"Takut apa sayang oi..Aku kan ada. Ko ingat aku ni lembik ker?..Aku kuat la. " balas saya saje buat2 lawak agar tak terlalu tegang keadaan kami.

"Bukanlah..Aku takut nanti tak ada orang nak kat aku. Aku jadi anak dara tua."luah kawan saya.

"Lor, pasal tu ker yang ko duk bimbang selama ni. Aku ok jer. Tak bimbang pun."
" Ko lain. Ramai suka kat ko. Ko je yang jual mahal konon."

"Astagha...apa ni Sarah (bukan nama sebenar). Ko kan ok jugak. Lagipun kita muda lagi. Awal lagi. InshaAllah, ada jodoh kita tu."

"Aku dah tersuka kat dia."

"Maaf ye, aku dah tahu ko keluar dengan dia baru-baru ni. Aku just nak bagithu aku tak suka ko buat mcm tu. Lagipun aku tahu ko baik. Makayah ko pernah pesan kat aku, suruh tolong tengok2 kan ko. So, aku tak sampai hati tengok ko macam ni. Aku bukan nak busybody, jauh sekali nak cemburu. Tapi aku sayang ko."

Kami sama-sama terdiam.

Panjang benar dialog kami sebenarnya. Namun saya rasa saya tak dapat menyelamatkan dia pada masa itu.

Dah lama tak dengar cerita tentang dia.

Memang remaja yang masuk ke alam matrikulasi atau pre degree atau menjejak Universiti. Secara normal sekarang ini saya kira, terlibat atau diduga dengan perasaan demi perasaan untuk disayangi lebih apa yang dia ada kat rumah atau dari kawan-kawannya.

Saya cuba memujuk hati. Teringat satu hadith yang mengatakan yang memberi hidayatt adalah Allah, kita hanya berusaha sahaja tak pula ada kuasa untuk memberi hidayatt.

Kawan-kawan semua. Kadang-kadang kita lupa yang adik-adik kita sangat perlukan kita. Kita sisihkan mereka. Dia pula mahu mengadu kepada sesorang. Dengan mudah, memilih cinta murahan.

Kawan-kawan semua. Kadang-kadang kita lupa, kawan-kawan kita memerlukan kita. Dia perlukan kita untuk meluahkan seribu satu rasa atau berkongsi satu rasa dengan kita. Tapi kita membiarkannya bersendirian. MURUNG. Akhirnya memilih cinta murahan.

Kawan-kawan semua. Kadang-kadang kita lupa, nak ingat-mengingati satu sama lain. Kita sayang mereka. Ingatlah mereka. Kita sayang. Cubalah dekatilah mereka.





Apa perlu kita buat?

Luangkan masa. Ya luangkan masa. Telefon kawan kita. Tanya khabar. Berdiskusi.

Luangkan masa. Rapatkan jurang yang ada.

Spend sikit duit, bagi hadiah tanda sayang.

Spend sikit duit beli top up.


JODOH

Percayalah jodoh itu pasti datang. Namun ianya payah untuk datang bergolek. Kita perlu berusaha. Namun COUPLE bukan jawapannya. Doa juga adalah berusaha.

Kalau mahu yang terbaik. JADI YANG TERBAIK.

Kalau mahu yang soleh atau solehah. JADI SOLEHAH ATAU SOLEH.

Jadilah seperti EPAL yang TINGGI SETINGGINYA, supaya hanya dapat DIGAPAI oleh insan pilihanNya.

(maaf ye kawan-kawan..saya bukan ustaz hasrizal , jauh sekali ustaz pahrol juoi untuk menulis tentang INI. .)

Semoga segala kekurangan entri ini diterima..















.

Saturday, November 21, 2009

Saya dan blog


mari bermuhasabah


Mula-mula saya buat blog ni wujud adalah tujuannya untuk mencoret tentang pengkongsian cerita yang boleh diambil pengajaran bagi semua pembaca.

Memang mula-mula tulis blog ni, saya sangat "awareness" nak tulis dalam ni. Agak rasa terbeban bila nak menulis. Sebab kena tulis benda yang ada kaitan dengan tujuan pertama saya.

Bagi saya setiap orang ada tujuan dia tulis blog ni. Saya dengan tujuan saya sendiri.

Saya ingat lagi masa saya mula-mula tulis dulu, masa tu saya sangat suka baca saifulislam.com dan zaharuddin.net. Saya rasa ISLAM tu saya mudah dan tenang bila diamalkan apabila setiap kali baca entri blog yang saya bagithu tadi.









Banyak persoalan tentang kehidupan dan cinta terutamanya saya temui dalam laman web tu.

Di sana banyak membimbing saya untuk berfikir tentang kehidupan, islam, cinta, ke arah mana cinta, dakwah , penikahan, cinta tanpa tanggungjawab, dan banyak lagi.


Entri ustaz hasrizal menerusi laman webnya saifulislam.com penuh santai dan senang difahami. Bila senang difahami, sampailah maksud yang ingat disampaikan.

Entri ustaz zaharuddin, banyak pasal hukum. Alhamdulillah, senang dihadam juga. Tak rasa berbelit2 otak nak fikir apa dia tulis.

Sekarang, saya masih mengunjungi laman web kedua-duanya itu. Cuma sekarang saya bertambah lagi satu laman web wajib saya iaitu dari seorang penuntut di Jordon tak silap saya. Nama dia Hilal Asyraf menerusi laman webnya langitillahi.com. Banyak buku dihasilkan. Tulisannyanya juga banyak membantu saya memahami kehidupan ni. Contohnya tentang persahabatan. Kalau nak tahu..boleh tekan kat blog list saya tu.

Ok.

Sebenarnya saya "excited" bila saya punya entri dah hampir 100 entri. Namun bila bermuhasabah balik, saya rasa tak berapa puas hati. KENAPE?

Saya rasa saya tulis ni, tak ramai yang baca. Sebabnya memang pada mulanya saya tak bagi orang baca pun blog saya. Lama-lama baru bagi orang baca.

Kedua, saya rasa ada jugak entri merepek kerepek ubi pisang. Rasanya, saya kena berhati-hati selepas ni. Saya mesti ada perancangan yang lebih baik.

Ketika tak systematik, tak ada label.

Namun, saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk susun balik. Saya banyak kerja. Ini pun tengah buat tesis. Berehat kejap.

Sebenarnya saya ada blog peribadi sendiri yang memeng privacy. ONLY ME yang boleh access ..blog tu saya wujudkan untuk anak-anak cucu saya. Heheh...keluarga saya juga. Kalau saya mati satu hari nanti. Bolehlah baca blog tu. ..Saya dapat idea buat sebab saya rasa saya perlu menghargai diri saya sebelum orang lain nak menghargai saya. In addition, masa tgh melayari internet saya terjumpa satu blog untuk arwah ayah dia. Memang macam2 dia tulis pasal ayah dia. Anak dia tulis pengalaman anak dia dengan arwah. Namun pasal arwah tu sendiri, perasaan dia , kita tak tahu.. So saya rasa saya perlu tulis semua tu. Saya memang rajin.

Ok..masa kecik saya pernah ada buku diari. Saya pernah bakar dan saya menyesal selepas tu. Saya tak nak jadi macam tu dah. Saya buat tu sebab dek termakan kata-kata seorang hamba Allah kat saya. Bila saya besar baru saya sedar, saya buat kerja bodoh. Bukan senang nak tulis apa yang terjadi dalam kehidupan.

Sekarang tujuan saya menulis blog masih fokus tujuan pertama saya berkongsi cerita atau ilmu yang saya tahu dan berguna orang yang membaca dan juga saya terutamanya. Kedua, saya nak fokus pada kehidupan pengalaman saya dan pelajar-pelajar. Mungkin dari cerita saya, kawan-kawan saya yang terutamanya yang bakal guru dan yang ada anak2 boleh ambik pengajaran tentang kisah itu Ketiga saya akan fokus pada cerpen. Hehe. saya akan tulis cerpen yang ada moral values.. Saya memang dah lama tulis cerpen. Tapi dah lama jugak behenti kerana sebab-sebab tertentu. Mengikut diari saya masa sekolah rendah, saya ada tulis saya nak jadi PENULIS bila besar nanti. =)

Itu dulu...sekarang saya bakal seorang guru.

Saya berdoa dan berharap agar apa yang saya coretkan disini bukan benda sia-sia.

Tiba-tiba segan menulis semua ni.

Ya Allah redhai segala pejalanan blog ni ...




Friday, November 20, 2009

Dalam kenangan

Abang Amri (abang no 3)...amri mcm anak org cina.




Abang Edi(abg no 2) dan Along (no 1)



Kali ini entri penuh kenangan.

Tapi saya tak dapat upload gambar saya masa kanak-kanak riang. Bak kata abang saya, bahaya letak gambar masa kecik. Nanti bakal suami tahu pulak rambut saya ni jenis macam mana. Bukan bakal suami je. Lelaki diluar sana pun boleh teka biler tgok gambar saya masa kecik.

So, tak apa lah. Just keep it! Simpan dalam laptop je la dengan album je.

Walaubagaimanapun ada satu gambar yang boleh dishare disini. Tapi dah besar sikit waktu ni.Dah sekolah...

Gambar kat atas-atas tu semua zaman-zaman tak masuk alam sekolah lagi.

AL maklum lah , masa kecik kurang bergambar. Tapi ..saya rasa gambar saya masa kecik lagi banyak dari abg2 saya. Hehe..Mungkin masa tu saya sorang je perempuan. Saya sorang je yang ada gambar dengan mak masa kecik, yang lain ada mesti bertiga..

Saya bertudung..yang lelaki mata sepet tu..abg saya..ni burfday anak jiran saya...



Jangan cemburu wahai abang-abang2 ku..


Ok..

Sekejap je masa berlalu. Pantas lagi mencemburui kita.

Semua abang-abang dah nak kawin. Tiba-tiba rasa sayu. Bukan tak nak dia kawin. hehe...

Semoga ukhwah kita adikberadik terus utuh sehingga ke syurga.

Andaikata antara kita ada yang buat salah, jangan lupa untuk saling mengingati..

Wednesday, November 18, 2009

Allah jadikan kita bukan untuk main-main

Menunggu jurnal sedang di print.. Saya rasa nak menaip lagi..Yela tgh mood menaip datang, jangan di bazirkan...


Ok..

Tanggunjawab saya sekarang yang jelas dan terang adalah untuk menyiapkan tesis saya. Mesti siap kalau nak grad!.. Kalau tak, jangan harap nak konvo ye ...

Itu tanggunjawab sampingan sahaja.

Ada lebih besar dari itu. Apa dia?..

Tanggunjawab kita pada yang Esa, Ya yang Esa...OUR CREATOR... ALLAH S.W.T

Setakat solat 5 waktu cukupkah kita untuk melayakkan diri untuk masuk ke tempat diidamkan semua orang itu...SYURGA.

Setakat menulis blog..saya cintakan Allah.. InGATLAH ALLAH...saya rindu Allah..cukupkah itu/...CUKUPKAH?..

Ada jugak yang tulis cinta Allah ..tapi dengan tak semena2 entry selepas tu keluar gambar etahpape..maksudnya disini, tiba-tiba keluar gambar yang tak senonoh. Boleh fahamkan?...cintakah kita padaNya jika kita buat DIA munngkar?


Jangan sia-siakan waktu yang ada, sesungguhnya umur terus berlalu tanpa membawa bekal..

Ingat satu waktu kita akan dikumpulkan dengan membawa bergondong-gondong pahala dan dosa kita.

p/s: entry untuk mengertak diri sendiri..
.................................................................................................................


My beloved uncle and my sis....=)



Ayu dilahirkan pada 17 november 1991...


happy bewday my beloves sis..dah tua sudaaa...Semoga dirimu tabah melalui pejalanan kehidupan yang penuh ujian ini..Semoga Allah redha!...luv U..miss U...

Tuesday, November 17, 2009

Mengingati DIA dalam setiap hembusan



Tesion buat tesis.

Tak buat, lagi terbeban otak memikul. Bila buat rasa nak nangis.

Ok..

Sedikit tazkirah buat diri ini.

Macamana kita nak dekat pada Allah kalau kita asyik buka lagu yang LAGHA je. Lagu yang mengingatiNya tak buka pun. Tengok TV , tak buka cerita yang boleh membawa hati kita MENGINGATINYA .

Banyak je saluran dan program tV lain yang boleh buka...tapi tetap juga nak tengok program yang membawa kita jauh dariNya.

Tengok "Mari mengaji" kan bagus..contoh..bukan budak kecik je yang boleh belajar dari program mari mengaji tu, tapi mak atau ayah budak pun boleh join sekali.




Macam mana kata cinta kat Allah. Kalau ada apa masalah susah betul nak mengadu pada Allah.

Biasanya

“Hello sayang or papa or bie , sayang ada problem ni” ayat zaman sekarang yang giat diamalkan muda mudi.

Sedihnya banyak sangat gelagat seperti ini.

(Ya Allah kembalilah seluruh kaum keluargaku dan sahabat-sahabatku ke jalanMu...)..

Hmm…

Baca novel sampaikan bengkak mata tak pun lembam mata tapi kalau baca buku imliah, tafsir quran ker…mesti tak boleh lama lepas tu lain jadinya..buku baca tuan la alamaknya.

Alangkah kita manusia biasa yang sering melupakannya. Sedangkan Dia?..

Dia selalu dekat dengan kita.

Ya dekat..

Dia sering gantikan kesedihan kita alami dengan kegembiraan. Tapi kita ingatkah kat DIA.

Kita sering lupa…Manusia mudah lupa…bukan Melayu sudah lupa..(DR M)

Allah jadikan kelemahan kita adalah untuk membuktikan kita memang tak SEMPURNA.

Ya tak sempurna..Bukan CACAT. Tapi kita bukan MAHA SEMPURNA. Kita memerlukan DIA. Walauapapun keadaan, DIA adalah tempat MENGADU yang terbaik.


Sekalipun kita ini Allah kurniakan bermacam-macam kurniaan , namun kita masih juga tak SEMPURNA. Mungkin Allah kurniakan isteri yang solehah, kerja yang bagus, ilmu agama yang mantap namun Allah mungkin menguji kita dengan anak-anak kita. Mungkin anak-anak tholeh…ini menunjukkan masih tak sempurna…

Atau semua tentang keluarga boleh dikatakan sempurna. Tapi datang pula dengan masalah jiran yang tak suka dengan kita. Ye lah kan..walaupun kita sebaikmana pun , mesti ada yang tak suka kat kita juga.

Tak payah pergi jauh. Sesempurna Nabi Muhammmad S.A.W pun, masih ada jugak yang tak suka dia. Contohnya kisah jiran Nabi Muhammad yang kena baling najis oleh kafir Quraisy kerana benci Nabi kita,

Teringat ustaz Zamri lagi..(jgn salah faham, dia ni ustaz yang banyak bagi input kat saya masa sekolah, so saya selalu teringat kata-kata dia.)

“Sayangkan anak Dr Fadzilah , dia tu bagus tu. Dia bagi motivasi bagus sungguh. Tapi malangnya anak dia ada jugak yang tak terdidik.”luah ustaz..

Saya terdiam, berfikir dan tersenyum…

“Allah nak tunjukkan sehebat mana kita, kita masih memerlukan DIA. Kita masih tak sempurna”.. jawab saya spontan,..hairan jugak, dari mana ayat ni keluar tiba2 jer tekeluar.

“Betul gok tu”..

Sungguh kita lemah disisiNya. Wajarkah melupakan tuan yang menjadikan kita?

Sesungguhnya Hanya mengingatinya HATI jadi tenang.

Tapi bagaimana hendak selalu mengingatiNya?..

PENUTUP

Amat takut dengan golongan yang hatinya dan perbuatannya jauh dari Allah.

Pekongsian ini bukan bermakna saya cukup sempurna. Perlu ditegaskan MANUSIA tak sempurna.



SUCIMURNI
Kuala Terengganu,
Terengganu
Malaysia.

Monday, November 16, 2009

My last day

murid-murid 1 intan..yang serius memang tak boleh tengok kamera

Semalam adalah hari terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Ladang sebagai guru ganti..ingat tu guru ganti.

Pagi-pagi sperti biasa, datang awal.

Ustaz zamri tegur

"Awak last day hari ni ork?"

"Aaah ustaz, ustaz saya turun dulu ye kat bawah" jawab saya sambil menghayun kaki ke tapak perhimpunan.

"Teacher zaaaaaaaa" jerit satu suara yang saya tak tahu datang dari mana.

Rupanya datangnya dari salah seorang murid darjah satu yang memang selalu obses dengan saya.

Klik Klik...kamera saya tak berhenti bekerja. Saya ambik gambar candid kat mana jer yang saya suka.

Masa perhimpunan



tengok betul2 kat budak tu..:P..cikgu mansor mungkar betul tengok budak ni

Tiba-tiba ucapan dari Cikgu Zuhaidi di akhir ucapannya mengumumkan hari terakhir saya.

"Akhir sekali, seperti yang kita tahu hari ini adalah hari terakhir buat cikgu Wan Noraniza (salah ni..spatutnya Wan Nor Aniza..lain je bunyinyer.heheh)..di sekolah kita. Terima kasih ...........(pjg sgt ucapan dier...)

Masa tu rasa sangat dihargai . Pelik..masa praktikal hari tu, tak de plak nak umumkan mcm tu. Siap keluar dari sekolah tu macam cikgu praktikal ni diperlekehkan je...uwaaaaa....

Bak kate mok

"Orang ganu ni lain sikit (jgn rasa hati org bukan trgnu)"

Oleh kerana dah akhir tahun, tak mengajar la.. Saya banyak bercerita dan buat kuiz utk students.. SERONOK.. Bukan cikgu je seronok tapi murid-murid pun same. Berebut-rebut nak jawab soalan.

At least, datang sekolah dapat juga ilmu .

Ok...

Dah nak balik ni... Saya susah hati SEBAB ada mesyuarat utk semua guru. Rasa kurang ajar la kalau balik je tak inform kat pihak sekolah.

So, saya mintak la pendapat kat cikgu Zoria..

"Kak zoria, niza kena pergi jugak ke mesyuarat?"

"HMMM, try mintak izin dengan cikgu zuhaidi..takut ye nok suruh ada gok ker gane ker.."

"Ok"..

Kebetulan, cikgu Zuhaidi ada di staffroom duk sembang2 dengan guru2 kat situ.

"Cikgu, mesyuarat nanti saya kena pergi jugak ker?" tanya saya...

"Hmm, pergilah sekejap..."jawab cikgu zuhaidi a.k.a PK sambil tersenyum...

"Ok..saya nak masuk kelas kejap nak bagi budok2 wat kerja sket "...jawab saya.

Dalam otak saya..

Kenapa aku kena pergi juga mesyuarat tu.? Adui..aku ada buat silap ker?..hmm..takpe lah, mungkin cikgu Zuhaidi nak suruh aku belajar something kut or nak inform sesuatu kut..

Mesyuarat

Alahai bosannya..Saya tak involved langsung tentang mesyuarat ni.

Saya senyap je la. Sambil tengok handouts dengan jiwa kosong...

Tiba2 berminat nak dengar Guru besar bagithu pasal protokol sesebuah majlis.

Macam mana nak iring orang besor..

Yeah ..dapat input jugak..

Saya suka GURU BESAR ini, bercakap dengan tenang tapi penuh dengan kata penegasan...bagus2...pandai menggunakan kata2nya untuk memotivasi orang...

GOOD EXAMPLE! ...

Tiba-tiba...

Guru Besar bersuara sebagai penutu majlis..

"Akhir sekali sebagai penutup majils, saya sengan berbesar hati sebagai wakil dari pihak sekolah utk mengucapkan terima kasih banyak2 atas komitmen yang telah diberikan oleh...semoga cikgu wan nor aniza berjaya ....................."(panjang sgt..cut cut )

"InshaAllah.."..jawab saya perlahan dengan muka yang malu-malu nak mengangkat tengok muka Guru Besar..(seyes r malu giler..muke dah jadi mcm ape tah..)..

Satu bag cederenhati diserahkan kepada saya.

"Ok...selamat menjamu selera ..."

GORENG PISANG PANAS + AIR SIRAP BANDUNG...

huhuhu

alhamdulillah...keluar dari sekolah ini tanpa sebarang konstrovesi...saya membawa diri saya yang sebenarnya, tak perlu menanggung kesalahan orang lain.(he2..keciwa time praktikal terubat akhirnya...ye saya buktikan saya bukan problematic TEACHER!)

Hadiah DAN kad YANG tomey comey..

Banyak sangat hadiah yang saya dapat. Bukan ini yang saya tunggu. Namun saya terima seadanya.

Budak darjah satu bagi mknan2 banyak sungguh.

Kad-kad pun banyak sungguh dibuat khas utk saya. CUTE...

ADA tu salah aje pun ada.. kuit muit...

2 helai kain batik sarung dari pihak sekolah dan cikgu rashidah amatlah dihargai.

Dah siap jahit. HE2...bila lagi nak pakai..Kalau tak panjang umur tak dapat merasa.

Alhamdulillah.

Akan ku gengam memori ini sehingga akhir hayat aku (tu pun kalau tak nyanyuk)..

TAMAT SUDAH EPISOD SEORANG GURU GANTI

sekarang masanya untuk betul-betul fokus pada my final sem dengan my tesis yang tak siap2 lagi.

No more "alasan" yang mengada-gada untuk tidak membaca jurnal dan membuat tesis.

"Ya Allah bantulah hambaMu ini, Kuatlah hamba mu ni untuk menyiapkan pekerjaan dia ini.."

My cute pic!


Saturday, November 14, 2009

Rindu detik itu


Rasa baru sahaja pergi detik-detik itu.

Detik dimana...
masjid rusila ke jejaki,
surau al ikhwan ku langkahi..
di pantai rusila ku bermuhasabah diri,
di surau an nur aku temui..

Ya Allah...

Hati yang rapuh ini,
Selalu lupakan nikmat2 mu..
Usah Engkau tarik segala nikmat yang pernah ku rasai itu..
Hadirkan rasa itu..
Pasti takkan ku sia-siakan...


p/s: jiwa pasti takkan tenteram jika di pisahkan dengan penciptaNya..

Friday, November 13, 2009

Kekreatifan kanak-kanak riang




oK ..
Kali ini entry mengarut sikit..Tak ada kaitan hidup atau mati..Tapi ada kaitan tentang kehidupan seorang guru yang tak seberapa lama di sekolah rendah.

Oleh kerana tinggal sehari lagi utk saya perlu bangun pagi dan bersiap2 pergi ke sekolah. Saya dengan serba kekurangan buat la satu majlis makan2 utk anak2 murid saya kelas 2 intan.

Mula2 cadangnya saya nak bawak kek. Pastu mak cakap

"Tak yah la..bawak la makanan ringan , lagi budak2 suke.."

Saya akur dan pergi la MYDIN MALL borong makanan tu..

Pagi hari khamis tu, saya rebus telur puyuh untuk students saya.

tELUR PUYUH ni pun idea mak jugak. Yelah dah bersepah2 dah telur kat umah. Mak kata

"Bawak la telur ni kat budok2 tu, mesti sukanya..."

ok, dengar cakap mak lagi, saya bawak bersama telur-telur tu ke sekolah. Malangnya x cukup 28 biji.. Sebab mak dah rebuskan utk pekerja yang buat pagar umah saya.

Sampai sekolah, saya bagi sehelai kertas A4 setiap orang, dan suruh students saya lukis dan buat apa2 je tentang hari perpisahan ..hu2..

Terkejut dengan students saya yang baru berumur 8 tahun ni. Ada yang buat sajak, pantun, melukis gambar saya dan buat lirik lagu pun ada...alahai comeynyer...memang comey budak2 ni..
MEMANG SAYA BG GRADE A LA , kat students saya hari tu...

Semua buat keja..termasuk si 'DAMIA SYAZWINA"...hu2..terharu....die lukis gambar saya dan die...i hate U but i love U damia...~~~

THEN..

semasa mereka sibuk dengan membuat kerja yang saya suruh tu, yang mmg x masuk exam pun tu.. Saya sibuk menyediakan makanan di atas meja seorang diri..

Pabila siap..datanglah by group students saya ke depan..ambik makanan..

Comey sungguh koyok telur puyuh...

Ada tu sampaikan kulit kat pipi.
ada yang suka makan telur.

Ada yang makan sebiji tak cukup..

Ada yang tak reti koopek kulit telur..Alahai kanak-kanak riang...

Oleh kerana dah akhir tahun dan habis dah peprikasaan akhir tahun. Guru2 sibuk dgn bermacam kerja dan analisis itu dan ini. Dengan itu, ramai guru tak masuk kelas bila time mereka .

Saya sebgai guru kelas 2 intan, TAKUT je memanjang kalau kelas bising ..PK kanan cikgu zuhaidi marah plak..

So, SAYA selalulah jenguk2 anak2 saya kat kelas tu..

Masa last hari khamis tu..Saya terkejut ..TERGAMAM...tengok si damia yang "dikasihi " lagi di sayangi duduk kat tempat dia sambil buat sesuatu dengan kawan-kawannya yang bukan geng dia dalam kelas.. sampai menyanyi ..APA YANG PENTING KERJASAMA..mereka seronok buat sesuatu yang saya masih WONDER!..

Saya pergi dekat nak survey apa yang enjoy sangat budak2 ni. Rupa-rupanya dia buat benda yang gambar di atas tu.. Banyak plak tu.. Masing2 dengan kekreativifan masing2..

Comey ke tak..mereka petih bunga ape tah kat taman sekolah pastu dia tampal satu2 kelompok2 bunga yang kecik2 tu kat kertas petak2 tu..

mAsa tu baru saya sedar meraka ni memang sangat kreatif...


Dan tiba2 teringat my students kat SAMBEST....

K la..itu saje kali ni..

Monday, November 9, 2009

SUCI


eDelina syahirah

Saturday, November 7, 2009

Malu itu adalah sifatnya...




"Sakitnya mata"luah kakak.

"Sakit mata pasal apa plak ni kak?" jawab adik

"Cepat naik motor ni. Mata kakak pedih dah ni." jawab kakak.

"Kakak ni , ada-ada je"

Broooooooooooooom

Sampai di rumah.

Kakak dan adik melabuhkan duduknya di bangku di halaman rumah sambil berbual-bual.

"Kak, apa yang akak nampak tadi sampai pedih mata " tanya adik yang tahu apa maksud akaknya sebentar tadi.

"Hmmm..akak malu sungguh tadi parking motor kat situ. Rasa harga diri seorang perempuan murah sangat."

"Bakpe plak?"

"Tengok tak tadi ada 2 orang anak dara tadi yang bertengek kat situ tanpa segan silu menjerit2 dengan berpakaian serba serbi ketat tu.. Pastu ramai org laki kat situ, rasa malu guh la.."

"Bakpe kakak malu plok, bukan kakak wat pun?'

"Yela, tapi dia kan sama jenis dengan kita. PEREMPUAN. "

"Kalu nok comel , tak payah perlu pakai ketat gitu"pesan kakak utk adik. Kakak terdiam lama merenung adik-adiknya dan lantas teringat jua pada diri sendiri. Dimana malu seorang perempuan?..

Sejak akhir-akhir ni kakak risau tentang adik-adiknya dan dirinya juga. Dia bimbang dirinya hilang malu yang sudah tersemai dalam dirinya.

Anasir yang liar tu mudah meresap bak span direndam dalam air. Apalah sangat dengan iman senipis bawang.

Kakak berdoa dalam hati sambil bernafas dalam-dalam.

"Ya Allah lindungilah aku dan adik-adikku dari segala kemaksiatan.."

Tuesday, November 3, 2009

Kids!

Etah kenapa sejak kebelakangan ni. Asyik ada je perasaan menganggu dan keemosian yang tak berapa stabil. Ianya sangat mempengaruhi saya untuk menulis disini.

Buat satu perenggan then terbiar macam itu je.

Semangat untuk membuat tesis datang dan pergi. Boleh lak gitu..Nak siapkan, tapi biasalah bila kat rumah ni. LAGHA MELERET-LERET. Tak pula saya menyalahkan orang lain. Tapi menunding ke diri sendiri.

Ok..

Minggu ini, murid-murid sekolah rendah terengganu semuanya menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Alhamdulillah, dah siap menanda semua kertas peperiksaan. Masa tanda kertas peperiksaan tu, kadang-kadang rasa teremosi juga. Kadang-kadang tergelak seorang diri.

Mana tak gelak, ada yang yang buat ayat guna ayat harian kat rumah ...macam gini

"Mok mengerat timun cina guna sebiloh pisa"
Yang sepatutnya===> Mak memotong tembikai menggunakan sebilah pisau

"Mentang-mentanglah orang ganu kiter , abes ye translate ke bahasa kampung ye" komen seorang cikgu BM yang membaca ayat itu juga.

Saya sedih sangat masa bila menjaga peperiksaan kertas matematik. Banyak sangat budak-budak tak tahu terms yang ada dalam kertas tu. Pelik sangat , kenapa yang tahap satu tak ada translate ke BM. Tahap 2 ada pulak.

Masa saya mengawasi peperiksaan sedang dijalankan, saya akan pastikan semua soalan dijawab. Terutamanya kelas-kelas belakang.

"Siapa yang tutup kertas setengah jam awal ni, saya ambik kertas awk dan bagi dapat "KOSONG" " sambil menunjuk simbol kosong menggunakan jari2 saya.

Kalau tak buat macam itu, dengan senang hati menjawab soalan hanya mengambil masa 10 minit. Banyak cantik..

Saya sedih jugak dengan melihat prestasi budak kelas belakang. Ada yang sudah tahun 2 , masih tidak dapat menulis dan membaca dengan baik.

"Pelik sungguh saya cikgu, soalan ni saya bagi doh dalam kelas , siap ambik masa 2 jam bincang soalan ni. Tapi ada juga wok saloh abes " komen Ustaz Zamri yang turut mengajar BM.

"Tak dop KESEDARAN sungguh la" Ustaz Zamri menambah.

Sejak kebelangkan ini, banyak perkara kami bincang dan berkongsi idea tentang pendidikan dan masalah murid-murid sekarang.

Dia pun turut bercerita tentang pengalaman dia semasa posting di SMK Sandakan, Sabah.

"Kalau awk dapat Sabah ke Sarawak ker, awk jangan nangis lah , pergilah. Takdop mende ah (Tak ada apa-apa). Kutiplah ilmu dan pengalaman sewaktu muda ni. Saya rasa, saya lebih banyak praktik apa yang saya ada kat sana " nasihat Ustaz Zamri.

Tiba-tiba terbayang Kota Kinabalu yang melambai-lambai ke arah saya. Sejuk, nyaman dan dingin..OPsss berangan ..mimpi


..........................................................................................................................................................................


mY cute sister...Edelina....


Ok, now I want share something with all of U..

About kids!

Wah intro in English..ok lah tu...

Seperti sudah semua al maklum, saya ada dua anak buah. Prince and Princess..

Sangat CUTE and TOMEY likes.......

Kadang-kadang memeningkan bila berhadapan dengan dua orang budak ni.

Kadang-kadang, bila rasa susahnya hendak menjaga dan melayan kerenah pelbagai kanak-kanak riang ini. Tiba-tiba satu soalan ini selalu muncul di kepala saya dan mahu sahaja saya beritahu kawan-kawan dan terutamanya diri sendiri untuk muhasabah diri dengan persoalan ini..

"Jika kamu sudah bersedia untuk NIKAH, adakah kamu sanggup menghadapi tangisan kanak-kanak, melayan seribu kerenah kanak-kanak atau terpaksa bangun malam untuk tukar lampin?..

Mungkin jawapannya sanggup KERANA anak sendirikan . Tak kan nak biar anak menangis macam TARZAN...

Ok ..

Sekarang nak kongsi kisah EDELINA yang berumur 6 tahun. SHE is my sister =)

Satu malam tu, dia tak sihat.

Seawal umur 6 tahun, dia sangat memerlukan orang dewasa untuk bertatih di dunia ini.

"Kakak kakak...ump umphhh,"..jerit Edelina.

"Ye, kenape Na? Na nok nde (Na nak ape)?.."tanya saya mamai. Yela pukul 4 pagi.

"Na nok berok (buang air besar)"..

"Ok, meh sini kakak teman"

Selang 20 minit, dia menjerit lagi, sakit perut katanya. Dia menuju ke bilik air berlari-lari. Saya hanya membantunya buka lampu dan kembali duduk berhampiran bilik air rumah dalam keadaan serba salah.

"Na, cirit birit ker?..tanya saya dari arah luar bilik air perlahan-lahan..takut pula anak saudara saya terkejut pula.

"Aah, sakit perut kak, tubik **** cair kakak"..

"Na saloh makan ni..na tidur dulu la ye...kalau sakit lagi, gerok kakak ea" pesan saya ..

Selang 20 minit pula , tiba-tiba...

"umph umph .."teriak Edelina perlahan.

"Na, menda ni, bakpe ni" likas saya bangun.

"Na nok muntoh ka.....uwekkkkkkkkkkkkkk...

"Na.."..cpat2, saya mengambil kain batik yang kebetulan di tempat tidur saya dan na telah memuntahkannya disitu..

"Na, cepat pergi toilettttttt.."

Saya dan Na meluru ke bilik air..


Uweekkkkkkkkkkkkkkkk..segalanya telah termuntah di bilik air.

Na menangis..

"Jap jap, kakak nak pergi ambik minyok jap"..

Selepas saya sapu 2 3 kali di lehernya..Saya mengarahkan dia ke dapur , supaya minum air dan melegakan tekaknya yang perit itu...

Jam menunjukkan pukul 5 15 pagi.

Macamana nak tidur , selagi tak membersihkannya dahulu.

Perlahan-lahan, saya mengalih cadar dan kain yang terkena muntah Edelina . Hampir semua perlu dibersihkan. Selepas mengelap lantai2 yang terkena muntah, baru rasa lega.

Penat.

Tiba-tiba saya tersenyum melihat adik-adik saya yang masih boleh tidur nyenyak dalam keadaan huru-hara tu.

Tak terciumkah dia dek bau muntah Edelina.

Biarlah, saya tak sampai hati nak kejutkan mereka. Mereka penat menelaah utk exam preparation..

Paginya disekolah...

Saya tak dapat makan nasi. Bau itu rasa melekat je kat hidung. Saya pula pening2 dan hampir muntah.

Badan lesu. Tapi saya gahkan jua.


Cukupkah cinta tanpa tanggunjwab?

Cukupkah tanggunjawab tanpa cinta yang hadir?

Semua suasana diatas hanya satu bahagian dari suasana sebenar menjaga kanak-kanak. Pernikahan itu bukan medan untuk seronok-seronok. Tapi bukan bermakna neraka untuk itu kita. Namun ianya adalah sebuah tanggunjawab yang harus dipikul tanpa perlu melatah.

Tak perlulah kata macam ni..

"Ni kan anak awk...mandikan anak awk ni..."

"Amboi, saya penat2 lahirkan budak ni. Semalam saya berjaga malam nak tidurkan dia. Nak suruh tlg sket pun tak boleh'

"Hey, jaga mulut sket. Aku ni pergi cari duit ni, ko tak fikir ker?...Penat lah..."

...........................................................................................................................................................................


Saya masih mentah nak tulis macam ni. Tak da pula nak menghentam orang lain. Ianya lebih kepada nak INGATKAN saya....

"Semoga menjadi zaujah yang solehah, anak yang solehah,umi yang solehah....."


Amin







Sunday, November 1, 2009

Kepenatan itu kebahagiaan

"eyahhhh"lompat afiz seperti bersilat menggunakan kaki sambil melibaskan kakinya pada muka adiknya

"Uwaaaaaaaa"....menangislah si kecik yang bulat

"Hafizzzzzzzzzzzzz...ni tak boleh duk diam2 sungguh..."


Aman 5 minit selepas menguraikan ketenangan 2 orang budak aktif ini..tiba-tiba..

"Dush, dush.."

"Hafizzzzzz..ni PowerRangers merah ni ganas betul. PowerRangers kuning ni pun satu sama je cari pasal".



Huhuhu..to be continued...babysister demam=(