aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 2, 2009

Kering tapi belum kontang lagi


Kesian betul blog ni tanpa entri baru. Dah lebih seminggu lebih tinggalkan blog ini. Rasanya banyak sangat nak cerita sepanjang sepeninggalan blog ini.

Salah satu sebab tak update sebab sibuk dengan urusan mengurus perkhawinan abang saya. Sebab lain mungkin sebab saya banyak tulis entri yang skerat2 dan tak sempat nak post. Ada je rasa gusar nak pUBLISH. Lagipun, kalau entri yang tak lengkap ni , bahaya juga. Bahaya pada pembaca. Takut tak faham. Salah faham.

Ok.

Sekarang saya mahu tulis sedikit tentang perkhawinan. Masa kAhutbah akad nikah tempoh hari. Saya betul-betul tertarik dengan bacaan tok kadi yang lebih kurang seperti ini

''Nanti bila dah kahwin, pelbagai dugaan dan cabaran yang tak pernah terfikir pun oleh kita sebelum ini bakal ditempuhi oleh kamu. "

Masa tok kadi cakap gitu, saya terus memandang mak saya.

Dalam hati..

"Mak mesti dah lalui banyak cabaran yang dimaksudkan tok kadi nanti. Saya nanti bagaimana?..Mampukah saya lalui? Mampukah?

Saya tertunduk. Tiba-tiba pilu sedikit dan sedikit gementar masa time abang saya nak akad nikah. the same things happens masa along akad nikah. Takut plak.

Bila dah selesai proses ijab kabul. Baru reda semua rasa tu.

Saya bukan nak cerita tentang perasaan saya disini. Disini saya nak tekankan tentang erti sebuah pekahwinan. KENAPA PERLU BERKAHWIN?. apa itu sebuah pernikahan?..

Bukan bunga telur, hantaran, mas kawin sahaja yang penting dalam pekahwinan tu. Tapi ianya lebih dari itu. Apa yang lebih penting?. Adakah diri kita sudah sedia untuk tempuhi DUGAAN yang disebut oleh tok kadi tadi?..

Bagaimana nak hadapi dugaan itu?...

Bukankah ILMU itu penting dalam menghadapi bahtera?.




2 comments:

  1. salam.. :) akak teringat lak khutbah nikah tok kadi baca masa walimah akak.. (dlam hati, aduh tok kadi mcm bg takut2 pula)menambahkan debaran :) ... alhamdulillah.. dugaan dan cabaran? .. moga dugaan itu pengikat kasih suami isteri serta pengukuh hubungan dengan Maha Pencipta..

    ReplyDelete
  2. wasalam..inshaAllah..dugaan dan cabaran itu pengikat kasih..

    smoga Allah permudahkan segalanya untuk kamu .

    ReplyDelete