aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 21, 2008

Menjalin persahabatan


"Orang tak kan tegur kawan orang yang free hair, kalau orang jumpa kat fakulti" kata salah seorang teman saya.
"Kenapa?" tanyaku sambil tersenyum.
"Buat apa nak tegur orang macam tu. Lagipun orang ingat ayat kawan orang, dia kata, buat apa nak tegur kelompok manusia free hair macam tu, buat malukan kita je"

Saya diam.

Sepanjang jalan pulang itu, otak saya berfikir ligat, memikirkan persoalan2 yang timbul dalam otak saya.

Persoalan tentang bertegur sapa apabila berjumpa kawan free hair ini muncul, apabila ada sekelompok kawan2 kami yang satu sekolah menengah dulu,kini sudah tidak bertudung.

Sedih mengenangkan ini semua.

Persoalannnya, bukan tentang bertudung atau tidak?

Namun, tentang layanan kita kepada mereka. Maksudnya, patutkah kami tidak bertegur sapa apabila berjumpa dengan kawan yang free hair?

Adilkah perbuatan kita terhadap mereka? Adakah agama merestui setiap perbuatan kita itu?

Bagiku, perbuatan seperti itu amatlah tidak adil pada mereka. Tambahan lagi, adalah tanggungjawab kita untuk melaksanakan nahi mungkar. Mungkin bukan dengan sekali petemuan. Tetapi mungkin apabila kita sudah mulai rapat dengan mereka, kita boleh mulai perlahan2 mengingatkan tentang batas aurat yang sebenar.

Golongan free hair yang asalnya pakai tudung ini, bukannya tidak tahu tentang syariat yang sepatutnya. Tetapi, mungkin terpengaruh dengan sekeliling mereka atau mungkin tepat dengan pelajar2 ini adalah mereka sedang mengalami "culture shock".

Bukankah persahabatan itu adalah lebih bermakna, jika kita saling mengingatkan satu sama lain.

p/s: saya juga tidak sempurna, ingatkan saya jika saya lupa..InshaAllah, saya akan perbetulkan.

Wednesday, December 17, 2008

Cinta CINTA dan CiNta lagi


Tidak dapat tidak, manusia tidak akan dapat lari dari perasaan cinta. Perasaan cinta yang dianugerahkan oleh tuhan itu bukan dianugerahkan untuk kita menyalahgunakannya. Bukan dadah je, boleh disalahgunakan, tapi cinta jua membawa parah jika menggunakannya dengan cara yang tidak betul.

CINTA vs cinta

"Wan, apa bezanya cinta vs CINTA?" tanya sahabat saya sambil dia membelek-belek buku tentang cinta oleh pahrol juoi.

Saya menjawab ringkas..

"CINTA bermaksud cinta yang suci iaitu cinta pada Allah, hmmm cinta pula, mungkin cinta sesame manusia mungkin..."

"Pandai..."

Sebenarnya dah lama nak buat artikel berupa macam ini tapi tak kesampaian.
Tapi bila balik rumah ni, diberikan kekuatan untuk menaip tentang cinta.

Kalau jumpa kawan-kawan lama terutamaya, selalu saya diajukan benda yang normal kata mereka. Iaitu .."Ada bf x?

Seperti artikel yang lalu, saya pernah katakan kadang2 saya rasa jemu dgn soalan itu..

Namun saya kadang-kadang melayan jua keranah dan gelagat kawan2 yang rancak bercerita tentang kehidupan yang baru kononnya dengan KEHIDUPAN COUPLE mereka.

Menerusi artikel di iluvislam.com yang saya dah lupe ape tajuknya, artikel itu megatakkan, generasi couple ini saling merosakkan mereka. Ini kerana bila sudah terlibat dengan generasi ini, mereka mudah terdorong untuk melakukan yang berlanggar dari syariat islam.

Mungkin bukan secara zahirnya namun batinnya ..Hanya Allah yang mampu MENGETAHUINYA..

Oleh itu, pesanan buat diri dan pencinta kasihsayang, carilah cinta yang halal untuk dinikmati. Masih banyak cinta yang terdampar yang halal untuk dinikmati dan dirasai.

Pesan ustaz hasrizal (saifulislam.com), untuk mengelakkan semua ini berlaku, sibukkan diri dengan kerja-kerja agama. Bila manusia banyak sangat waktu rehatnya, kesunyian itu akan hadir. Dan pasti musuh ketat kita tidak melepaskan peluang untuk mencucuk anak2 adam ini untuk menyertai mereka.

Sekian..

Sunday, December 14, 2008

Luahan rasa

Susah betul nak update blog sekarang ni. Bukan tak ada idea, idea tu mencurah-curah. Tapi bila menaip jer jadi blank jer.

Sekarang masih berbaki 2 minggu lbih lagi cuti semester. Semakin lama bercuti, semakin jauh hati nak balik kampus.

Cuti kali ni cukup berbeza dengan cuti2 yang lepas. Ada banyak baiknya, dan masa-masa yang ada banyak terisi dengan keluarga.

Mungkin hajat saya untuk menambah baikan kualiti bersama keluarga telah tercapai. Banyak aktiviti sepanjang cuti ini telah mengeratkan silaturahim kami sekeluarga.

Terima Kasih Ya Allah..

Terima Kasih Ya Allah..

"Kakak, jom kita berjemaah, dah isyak" adikku bersuara.

Tiba-tiba, hati ini terharu mendengar sepontan ayat itu.
Sebenarnya, budak-budak kecil dan remaja ini, mereka sangat lembut hatinya. Tapi kita sebagai yang lebih tua selalu tidak menggunakan kesempatan yang ada dengan betul. Kita selalu memperlekehkan mereka. Tapi mereka sebenarnya jauh lebih baik dari kita.

Kekadang orang-orang tua selalu bertindak tidak bijak kepada kanak-kanak atau remaja. Masih jelas diingatan saya, semasa saya mula2 berjinak ke surau sewaktu saya di bangku sekolah lagi

Saya rasa begitu terasa dengan layanan jemaah lain pada saya. Salahkan seorang kanak-kanak pergi ke surau untuk sama-sama menuntut ilmu?

Kalau salah betulkan..wahai makcik22..jgn bermasam muka kalau x puas hati dengan orang yang lebih muda.


Saya ingat lagi, biasanya selepas balik dari surau, saya akan menceritakan ilmu yang saya dapat kepada ibu tercinta. Ibu jualah yang menjadi pendengar setia untuk setiap keluhan saya. Dia tak pernah mematahkan semangat saya pada masa itu. Namun, dia memesan agar saya tidak berdendam dan tidak bersikap sedemikian kelak.


Kanak-kanak ibarat kain putih...Kita yang mencorakkannya...

Berbalik pada cerita adik2 saya yang semuanya perempuan ni, dan memerlukan role model yang baik agar mereka tahu jalan yang sepatutnya mereka pilih untuk lalui jalan kehidupan ini

Takut benar apa yang tidak elok saya lakukan menjadi ikutan adik-adik nanti.

"Ya Allah, jauhilah kami dari kejahatan dan jadikan kami anak yang solehah"

Ameen ~

Friday, December 5, 2008

Kembali

Saya kembali mengupdate blog ni yang sudah lama kesunyian tanpa post yang baru. Selepas habis sahaja dari peperiksaan semester saya terus pulang ke kampung. Di rumah yang baru sahaja kami duduki ini pula, tidak banyak masa terluang untuk saya betul-betul fokus menaip post kerana dek sibuk menguruskan nenek yang keuzuran, kenduri naik rumah, pergi driving school dan baru-baru ini pergi konvo abang sambil cuti2 malaysia . Sekarang baru la, boleh bernafas secara normal.

Namun posting kali ini, saya tidak berniat untuk fokus saya tajuk. Cukuplah saya menceritakan serba sedikit selama saya berada dalam kesibukan itu.



Sebelum itu, alhamdulillah, dengan rahmatnya, saya dan keluarga berteduh di rumah yang saya kira lebih selesa berbanding dulu. Walaupun bukanlah rumah baru, tapi kami sekeluarga sangat bersyukur dengan pemberian ini. Ayah dan abang saya yang sebagai designer untuk renovate rumah ini telah bertungkus lumus untuk renovate rumah ini selama 4 bulan lebih. Semoga rumah ini sentiasa di limpahi rahmatNya.

Dalam kesibukan menyiapkan rumah untuk kenduri, saya juga sibuk menguruskan nenek. Nenek yang sudah 2 tahun lumpuh separuh badan in memerlukan orang lain terutamanya untuk berwudhuk.

Bila memikirkan nenek, saya selalu teringat kat kata-kata orang yang datang melawat nenek.

"Orang baik macam dia pun diuji macam ni" kata salah seorang yang datang melawat nenek .

Hari ini saya sedari selepas baca blog saifulislam,com. Kita semua layak diuji.

Tidak kira kita di "kumpulan" yang mana.

Namun, mak saya selalu mengingatkan saya dan adik-beradik saya supaya selalu berdoa dijauhkan ujian yang susah untuk kita lalui.

Pesan mak, ustaz pernah cakap doa macam tu selalu selepas solat atau waktu2 mustajab doa.

Betul jugak kata mak tu, sebab hanya doa sahaja yang mampu kita lakukan untuk mengubah takdir kita.

Sunday, November 2, 2008

Saturday, October 11, 2008

Kehilangan yang dirasai...

Tarikh 7 Syawal 1429 bersamaan 7 oktober 2008, pasti tidak akan saya lupai sepanjang hidup saya. Ini kerana pada tarikh itu, laptop yang saya gunakan untuk menyiapkan assgment dan berdiskusi dengan sahabat2 dan famili itu telah di curi pada jam lebih kurang 4 pagi. Rindu sangat laptop yang diberi oleh abg saya semasa saya semester 3, sy masih ingat pada masa itu, sy mengadu padanya yang susah untuk menyiapkan asgmt kerana ketiadaan laptop. Tidak lama selepas itu abg memberi saya saru laptop untuk keperluan saya. Beratus agaknya article dari saifulislam.com, zaharuddin.net, iluvislam.com dan bermacam lagi dari sumber lain yang saya simpan dalam folder makanan rohani.

Alhamdulillah, saya sempat save 3/4 darinya ke dalam external hard disk saya.

2 Biji handset saya yang x seberapa itu pun telah dicuri. Agaknya, semua benda nak yang baru.
Ketiadaan motorola L6 saya , amat dirasai apabila kawan sebilik saya juga menggunakan model yang sama.

Walaupun pun hanset itu dah berumur hampir 2 tahun namun kehilangannya amat dirasai.

Tapi, redha dengan apa yang berlaku adalah yang terbaik dari mengingatkan semua itu berlaku.
Pasti ada hikmah yang tersirat yang bakal Allah kurniakan pada saya.

Cuma sekarang, trauma bila keseorangan saya di rumah itu tidak dapat lagi saya mengatasinya.

Saya cuba lebih dekat padaNya, agar semua ini saya lalui dengan redha dan ikhlas meredhainya, bukan hanya dimulut shaja.

Kepada sahabat2 yang membaca artikel ini, please contact me back..
Sy memerlukan no phone kamu semua, kerana sy x buat backup untuk phonenumber dalam handset saya.

Monday, October 6, 2008

Produk White Rabbit Creamy Candy disah positif melamin

Produk White Rabbit Creamy Candy disah positif melamin


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua rangkaian produk White Rabbit Creamer Candy dan Ego White Ra

bbit Creamy Candy ditarik balik dari pasaran

serta dimusnahkan setelah dianalisis positif meng

andungi melamin.


Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan ujian yang dilakukan makmal kesihatan kementerian yang mendapati produk itu mengandungi melamin melebihi standard iaitu 135 bahagian per sejuta.

“Jadi kementerian mengeluarkan arahan serta-merta bagi mana-mana pasar raya untuk menarik balik produk yang tercemar itu daripada rak-rak di pasar raya mereka sebagai langkah keselamatan dalam melindungi pengguna.



Kementerian juga telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk memusnahkan produk berkenaan. Kegagalan berbuat demikian, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983,” katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kesihatan Awam Sungai Buluh, dekat sini, hari ini.

Liow berkata setiap produk yang dihantar ke makmal untuk dianalisis akan mengambil masa dua hari untuk diuji kandungan melamin.

Beliau berkata bermula 15 September lalu sehingga kini, 64 sampel makanan sudah dianalisis kandungan melamin bagi tujuan penguatkuasaan dan pemantauan yang dijalankan Makmal Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, serta Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Kesihatan.

Jumlah penyitaan produk makanan yang disyaki mengandungi melamin di pasaran tempatan di seluruh negara pula ialah 2,719 yang terdiri daripada 775 produk makanan.

Beliau berkata kementerian juga telah meminta kerjasama Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) dan bercadang menambah dua lagi makmal di Johor Baharu serta Kota Kinabalu secepat mungkin bagi membantu mempercepatkan analisis dilakukan.

Sementara itu, Liow berkata hasil ujian terhadap produk ’Cheese Packet’ yang diperbuat daripada creamer dan cheese powder yang diimport dari New Zealand mendapati ia bebas daripada melamin.

Mengenai laporan beberapa media di Republik Korea terhadap kemungkinan sayuran serta buah-buahan dalam pasaran yang diimport daripada China mengandungi melamin, Liow berkata produk berkenaan masih dalam peringkat pemeriksaan tahap empat dan kementerian tetap memantau kemasukan semua hasil pertanian dari China.

Sementara itu, 64 produk makanan yang dianalisis dan didapati mematuhi standard bagi melamin termasuklah Chocolate Coated Wafer (Passion), Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft), Mini Cornetto Chocomint dan Tiramisu Flavoured (Wall’S), Moo Soft Cookie Sandwich (Wall’s), Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady), Susu Berperisa Strawberi (Dutch Lady).

Baby Bites Carrot (Take One), Mini Poppers Strawberry and Vanilla Flavoured (Wall’s), Susu Tepung Penuh Krim (Dailylac), Yogurt Jelly (Strong), Milk Chocolate (M&M), Candy (Kong Chui), Menthos Yogurt dan Chocolate Eggs Rolls (Tongxi Foods). - Bernama



Saturday, September 13, 2008

Kerana Dia Manusia Biasa

Saje nak kongsi-kongsi...


Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.



Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

SUMBER:

www.iluvislam.com

diedit oleh : everjihad



Friday, September 12, 2008

Kita ibaratkan pelari jarak jauh

Ramai orang di awal ramadhan sungguh ghairah menyambut ramadhan. Tapi sekarang kita sebagai pelari jarak jauh, ramai yang dah gugur di tengah jalan, dan ada juga yang sudah hampir menyerah diri, dan ada jugak masih meruskan dalam ketakpaksaan. Tiada lagi sahur, tiada lagi tarawikh, tiada lagi pbanyakkan mengaji berzikir....

Sedihnya jika kita dalam golongan itu....

Jika kita dalam golongan itu, ini bermakna kita TEWAS...PEJUANG YANG TEWAS, PELARIJARAK JAUH YANG TEWAS SEBELUM BERJUANG...

Kita sepatutnya smakin bertambah iman di bulan ini, bukan berkurang imannya...

pesanan buat diri dan kawan2...

ok la...jagalah iman mu ...

Saturday, September 6, 2008

bila beseorangan


Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi :

Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu :

Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

ADAKAH KITA SAMA DI DEPAN DAN DI BELAKANG ORANG!!!!

ATAU KITA HANYA BERPURA-PURA?

Friday, September 5, 2008

Rebut peluang yang ada


Jika ramai pendakwah2 pentingkan diri pasti tak ramai yang rajin nak menulis dalam blog, kerana menaip utk post2 di blog agak memakan masa. Tapi apa erti jika hidup tidak pada memberi. Apa erti jika kita pentingkan diri sendiri. Apa ertinya jika kita tidak hiraukan orang-orang disekeliling kita. Apa ertinya jika berjimat tetapi saudara kita yang lain sedang bertahan lapar.

Samalah jugak dalam erti persahabatan , ukhwah, persaudaraan...

Kerana berkira , kita tidak menjalinkan silaturahim. Betulkah itu?

"Harga minyak dah naiklah, susahlah nak pergi surau sekarang" kata seorang kaki surau, namun sekarang dia sudah menjadi kaki TV akibat kenaikan harga minyak.

Sesungguhnya, apabila kita menolong agama Allah, Allah pasti permudahkan urusan kita yang lain juga.


HARGAILAH


Sikap tidak menghargai masa yang kita ada pada hari ini juga menyebabkan sindrom bertangguh-tangguh terus merebak pada masyarakat kini.

"Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?'

Sudah menjadi kebiasaan, bila ianya sudah tidak di depan kita, baru kita sibuk mencarinya, sedangkan peluang itu sudah lama Allah kurniakan pada kita. Dengan pelbagai alasan, kita katakan kita tak berpeluang untuk melakukanya pada masa itu.

Apabila orang yang kita sayangi sudah tiada kita tangisinya. Sedangakan, pada waktu hidupnya insan itu, kita tidak mengadakan waktu untuk bertanya khabar berita padanya.

Apakah itu kita betul-betul menyayangi orang itu sedangkan kita langsung tidak mengendahkan semasa hayatnya?

Sebenarnya, apa-apa jua bentuk pekerjaan, jika kita malas dan tak mengadakan waktu itu, pasti ianya tak akan wujud.

Ramadhan..

Sebulan waktu Allah kurniakan pada kita sebagai bonus untuk kita. Melakukan ibadat di sepanjang bulan ini, akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Namun, jangan pula kita hanya menjadi ALIM SEKEJAP di bulan mulia ini.

Sepatutnya, berjemaah di surau bukan hanya di bulan ramadhan tapi di galakkan juga di bulan-bulan lain. Namun, kebanyakan kita berpusu-pusu memenuhi surau dan masjid di bulan ramadhan.

Semoga kita dikalangan yang beristiqamah melakukan ibadat kepadaNya..

Wednesday, August 27, 2008

Buang sifat malas

Tajuk ini sesuai je dengan mood sekarang
...
mood orang yang tengah menaip la.

Kenapa kita malas sebenarnya?

sIFAT itu bertambah parah jika kita malas nak beribadat.


"Malasnya nak solat, lecehlah..." ayat ni biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita.

Bagaimana nak atasi? Sebenarnya sifat ni sebab dipengaruhi hawa nafsu jugak. So kalau dah sedar kita ni asyik malas jer , kena buat rajin2 la.. Tapi bagaimana..

1) Doa, n mintak kat Allah.

2)Kuatkan azam nak buat sesuatu, contohnya nak study or mengaji

3) Fikirkan yang hari sahaja kita nerkesempatan untuk berbuat sedemikian. Mungkin Esok kita tiada lagi di bumi Allah ini.

Yang kat atas ni , cuma suggestion..maybe lebih banyak lagi cara nak buang sifat malas ni.
Tambah-tambah dah nak ramadhan ni, kita spatutnya kena pertingkatkan ibadat, agar kita tak rugi merebut bulan mulia nanti.

Sunday, August 17, 2008

Merenung kembali

Alhamdulillah, saya selamat sampai pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti mid sem saya pada pagi sabtu semalam. Kepulangan saya di rumah ini di sambut oleh famili dgn kemesraan cara kami. Balik kali ini, saya banyak bersembang dengan mak. Banyak mak kongsi cerita-cerita dengan saya.

Malam ini baru saya sedari, saya sudah lama tidak betul-betul membaca saifulislam.com, zaharuddin.net dan iluvislam.com. Mungkin kelapangan masa dan ketenangan itu tidak ada di shah alam.

Bagi saya, penghayatan semasa membaca sangat penting. Tambahan lagi, membaca tentang yang melibatkan iman ini. Bila tiada penghayatan, di situ tiada hadir kesedaran dan berfikir dengan mata hati.

Bila renung kembali saya di shah alam, hati ini mula rasa diri ini sudah mula berkarat kembali. Di rumah kecil ini, seperti satu penyucian hati. Fokus untuk berfikir dengan mata hati dan beribadat adalah lebih apabila di rumahku ini.

Mungkin di sini pentingnya biah solehah yang pernah diperkatakan sahabat saya. Menegur, menasihati dan berbincang tentang agama sesama kita adalah dapat kita menghalangi kita dari melakukan kemungkaran.

Ujian tidak akan putus, dan kuat lah hati melalui ujian itu, dan kerana CINTA nya, aku masih di bernyawa, dan aku juga perlu kuat dimana sahaja aku berada.

Pasti, sabar itu adalah yang akan lorongkan cahaya yang kita idamkan.

Ramadhan…..

Bila direnungkan kembali ramadhan-ramadhan yang lalu. Ramadhan semasa aku masih bangku sekolah adalah ramadhan paling bermakna. Pada ramadhan yang lalu itu, saya banyak menghabiskan masa dengan kakak angkat saya, yang juga jiran saya. Dia seorang yang warak dan banyak mempengaruhi hidup saya sekarang. Bila tibanya ramdahan, saya sungguh seronok kerana menunaikan solat tarawikh dan subuh secara berjemaah. Semasa dengan dia, saya mengenal solat tasbih dan berqiamulail di malam hari.

Di siang hari, bila kami berlapangan, kami akan ke majlis-majlis ilmu bersama. Buku dan pen selalu bersama saya jika ke majlis ilmu. Dia lah mengajar saya tentang aurat perempuan. Masih segar dalam ingatan, semasa mula-mula saya berjinak-jinak untuk memakai sarung kaki.

Dia meminjamkan saya sarung kakinya. Dan selepas itu, dia menghadiahkan sepasang sarung kaki yang baru pada saya. Saya tak salahkan mak saya kerana banyak tentang aurat saya pelajari bukan dari mak. Saya bangga ada mak saya. Mak tak pernah melarang, namun mengalakkannya.


Renung merenungi diri...

Saturday, August 9, 2008

kerinduan lagi

Semua ahli dalam keluarga saya sekarang ada di rumah, barangkali tengah beramah mesra, tak pu sibuk makan-makan..

sEDIH, CEmburu, tidak adil, semua itu kadang2 datang di hati kecil saya.

Abang edi juga ada balik. Dia balik sebab nak sambung visanya yang betangguh-tangguh. Bila agaknya abang kesayangan saya ni nak mnamatkan zaman bujangnya. Moga-moga dikurniakan zaujah yang solehah.

Tiba-tiba, rindu masa zaman kanak-kanak. Hidup susah. Kfc , nuget, mcD,semua makanan tu kami adik beradik tak pernak kenal mahupun makan.

Ibu sangat prihatin bab pendidikan anak-anak, ayah apatah lagi.

Ibu pula kuat bercerita tentang pgalaman hidupnya, semua itu menyebakan kami semua menjadi "orang".

Bila dah besar ni, baru saya sedar, approach yang digunakan ibu ni sangat berkesan.
Ayah plak sangat bertanggunjawab, rela bergadai nyawa, demi sebutir beras.

Sekarang hampir semua yang diidamkan ayah dan ibu menjadi kenyataan. Moga-moga apa dikurniakan ini tidak melalaikan kami sekeluarga. Tanpa izinNya, mana mungkin ianya menjadi realiti.

Wednesday, July 30, 2008

Wahai Daie

Seorang daie(pendakwah) seharusnya mempunyai pendirian yang tegas agar tidak mudah condong ke arah maksiat.

Apa yang harus ada pada daie?

Mungkin kita sudah ada ilmu tetapi bagaimana nak menyalurkan nya?

Sejak akhir-akhir ni saya mengkaji cara pencakapan orang-orang di sekeliling saya. Saya melihat melihat dari pelbagai sudut.

Pada pendapat saya, cara pencakapan boleh mempengaruhi orang lain. Begitu jugalah dalam bab seorang daie. Apa yang ingin saya sampaikan ialah, seorang daie seharusya tahu bagaimana nak melontarkan hujah-hujah terutamanya dalam hukum hakam dan cara untuk menegur orang di sekeliling kita.

Nada, struktur ayat, mimik muka semuanya sangat penting.

Jangan tersilap langkah dengan pemilihan cara penyampaian kita, kerana impaknya sangat penting sekali. Mungkin kita akan dituduh mereka yang 'poyo', mengada-gada dan sebagainya..

“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Israa’: 73)

Tuesday, July 29, 2008

Cinta

Seringkali, saya diaju dengan persoalan tentang cinta dari kawan-kawan.

Baru sahaja tadi, selepas meeting persatuan, seorang junior menanyakan bermacam-macam soalan cinta kepada saya.


Pelik.

Tapi itu lumrah dan fitrah agaknya....

Cinta siswa N siswi..

" Pernah couple ?'
" Dah berpunyer BF ker?"

Rasanya persoalan itu sudah banyak kali saya menjawab. Tapi susah sekali nak saya yang katakan, sudah cukupkah cinta kita pada ILLAHI?..

Mungkin boleh selepas ini,, siswa siswi tukar trend bertanyakan sahabat yang lain dengan persoalan macam ni

" Sudah cukupkah cinta kita pada ILLAHI?...."

Saturday, July 26, 2008

Jom didik anak-anak

Bacalah sebelum dibacakan


Artikel ini telah di hantar oleh seorang teman siber saya, mula-mula malas nak baca, bila tengok pasal momyet ni, rasa nak baca plak..ingatkan kisah lawak, rupanya ada teladan di sebalik kisah monyet ini. Selamat membaca dengan mata hati..

Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet.

Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah.


Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet.


Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu.


Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut.


Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.


Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal.


Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu:

"Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"

Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.


Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu.


Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi:

"Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!"

Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang.


Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.


Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan.


Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya.


Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat.


Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana?

Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam

Tuesday, July 22, 2008

Kehidupan 3K

Sepanjang minggu ini saya sibuk semacam dengan program yang di bawah pgurusan saya. Sedih melihat blog yang tak ada pengisian baru. Oleh kerana itu, saya memcuri sedikit masa ini, untuk sekadar berkongsi pengalaman baru yang saya dapat dari menganjurkan program ini. Program yang saya anjurkan ini adalah program mentor mentee yang objektifnya adalah merapatkan silaturahim antara pelajar senior dan junior sains pendidikan UiTM. Di samping objektif utama ialah untuk menyalurkan maklumat2 yang berkaitan untuk junior baru agar mereka lebih petah berada di kampus ini.

Saya tidak suka untuk menceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu, ini kerana ianya bukan berbentuk ilmiah, ianya hanya lebih kepada aktiviti-aktiviti santai yang merehatkan minda.

Saya tertarik dengan ucapan sahabat saya di awal program itu bermula.

" Kita sebagai mahasiswa, jangan memegang prinsip 3k dalam kehidupan di kampus ini. Jika kamu menjalankan kehidupan 3k, apabila kamu tamat pengajian, kamu tidak ada pengalaman yang menyeronokkan untuk di kenang dan di ceritakan kepada pelajar-pelajar kamu (kami bakal pendidik). Mungkin kamu boleh bercerita tentang pengalaman, tapi pengalaman kamu amat membosankan dan sudah biasa diceritakan oleh orang lain."

Apa itu Kehidupan 3k itu ?

Kehidupan 3k itu merujuk kepada Kuliah-Kafe-Kolej/ Rumah Sewa.

Melalui ucapan itu, saya menyedari satu hakikat, jika kita tidak menggunakan peluang yang ada di depan mata, kita juga yang akan rugi. Berbalik kepada diri sendiri dan ibadat kita, jika kita asyik tangguh dan tertangguh, kita juga kelak yang akan rugi. Peluang yang ada bukan selalunya ada, dan jangan sudah terlambat baru hendak memulakanya. Seperti juga usia kita, jangan di tunggu uban dah penuh kat kepala baru nak bertaubat. Sesungguhnya kematian itu, bila-bila masa akan berlaku, tidak kira tua mahupun muda.


beli buku...

Sebenarnya hari minggu ini, saya sudah merancang untuk memberi 2 3 artikel untuk di sumbangkan diblog saya ini. Namun, tidak tercapai. Ini kerana saya kepenatan menghabiskan masa saya bersama sahabat lama saya.

Sahabat saya ini, saya sudah kenalinya sejak di sekolah menengah lagi. Kami tidak pernah berpisah. Selepas tamat sekolah menengah, kami sama-sama telah melanjutkan di KMJ (kolej matrikulasi johor, tangkak). Tamatnya pengajian matrikulasi, kami masing-masing ditawarkan di universiti yang sama, iaitu Uitm Shah Alam. Namun, kami berlainan kos.

Setelah saya berpindah ke rumah sewa, hubungan kami mulai regang. Walaupun begitu, kami masih mencari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Kami telah keluar bersama pada 19 Julai 2008 dan destinasi pilihan kami adalah Jalan TAR. Ini kerana, masing-masing mahu mencari baju blause dan baju raya. Biasa la perempuan kan..

Jalan Tuanku Abdul Rahman

Setelah penat masuk 4 5 kedai kain di sepanjang jalan ini, tiba-tiba mata saya tertoleh kedai sebuah buku di sana. Lalu saya menarik kawan saya untuk masuk ke dalam kedai buku tersebut.

Bagai kan tidak percaya, buku AKU TERIMA NIKAHNYA by Ustaz hasrizal ada dijual di kedai itu. Sudah berbulan-bulan saya mencari buku itu di kedai-kedai buku di shah alam tapi satu kedai pun tidak menjual buku tersebut. SOLD OUT agak nya.

Kawan saya tadi terkejut dengan reaksi saya seperti excited state melihat buku tersebut. Tajuk buku tersebut, menambahkan rasa pelik di hatinya.

“ Buku ni buku novel ker ?”

Itu lah ayat pertama yang keluar dari sahabat saya.

Selepas dari itu, saya menerangkan serba sedikit tentang buku tersebut dan tentang pengarang tersebut.

Saya tidak sedikit pun rasa rugi membeli buku tersebut, bagi saya duit biasiswa yang saya dapat itu, adalah perlu saya peruntukkan sedikit untuk membeli bahan-bahan bacaan ilmiah seperti itu.

Walaupun isi buku itu adalah dipetik dari saifulislam.com kesemuannya dan sudah di baca oleh saya. Namun apa salahnya memiliknya as a hard copy untuk saya agar buku itu juga menjadi rujukan untuk saya dan juga supaya saya lebih beringat tentang cinta berulam kan dosa .

Sunday, July 13, 2008

Coretan Hari Minggu


Hang ni terperak kat rumah tak bosan ker?”

“Dah biasa macam ni”

“Jom la ikut aku, boyfrz aku tak kisah kalau hang nak ikut, lagipun kitaorang nak pergi makan-makan kat rumah kawan bf aku. Hmm, boleh hang kenal-kenal kawan-kawan dia. Ramai lagi yang solo taw. ”

Dalam hatiku, aku beristighfar panjang.

“Tak per la. Aku lebih suka duduk rumah ni, jadi penghuni setia..hehe” aku cuba mengelakkan dari rayuan housemateku.

“Hang ni, selalu jual mahal, si X(akhi) ajak keluar pun hang tak nak jugak. Kesian kat dia taw. Ala keluar je, bukan buat apa pun”

Aku mampu tersenyum, tidak tahu kata2 apa yang patut aku lontarkan.

Kalau keluar saja-saja pun, tak rasa apa-apa ker bila jumpa? Dah tu buat apa nak kuar. ? Tak kan buat x nampak je ..bukan ke tengok lelaki lama2 dah jatuh berdosa. Bukan zina mata namanya? Hmm,....monolog hati aku bersuara.

Ya Allah, jika aku mengikut sahabat aku, ini bermakna, aku sudah meletakkan kaki aku ke jalan maksiat. Ini kerana, iman aku bukannya kuat sangat untuk menjaga nafsu yang sentiasa mencari untuk bergelora. Dan mungkin, pelbagai zina mata dan hati boleh jadi pada ku.

Aku tahu, housemate aku itu kadang2 terasa dengan diriku. Pernah dahulu dia mengajak aku ke genting hinglands bersama teman2 bofrenz nya. Namun aku menolak tanpa alasan. Buat apa aku memberi alasan jika alasan itu seperti membenarkan mereka pergi ke sana.

Usrah pun satu, sejak aku sem 1 disini, aku berusaha nak menyelinap masuk ke usrah2, namun ianya tidak pernah menjadi.aku Cuma menghadiri ceramah-ceramah umum yang dijalankan dalam kampus. Namun itu hanya sampai semester 2. Ini kerana selepas aku berpindah ke rumah sewa, yang sgt jauh dengan main kampus. Sampai sekarang semester 5 di sini, masih tidak ada sebarang maklumat untuk aku mghadiri usrah. Sedangkan di akhir semester lalu, ta’aruf sudah dilakukan. Mungkin aku tidak kuat berusaha untuk menyertai usrah. Salah aku ker ? Sedihnya…mungkin orang yang bukan di tempat ku, tidak faham dengan situasi sebenar.

Kehausan untuk menimba ilmu akhirat itu terus terasa. Di kampung , aku tidak lah seperti ini, kerana ada sahaja majlis2 ilmu disana, tidak kira siang mahupun malam. Oleh kerana itu jugak lah, hati ini berat untuk meninggalkan kampung halamnan ku itu.

Saturday, July 12, 2008

Sabarlah


“Ko tak nak daftar ker jadi ahli rakan muda?”..tanya kawanku, mengarah aku daftar secara online untuk menjadi ahli rakan muda.

“Untuk ape” Tanya ku..

“Saje”

“Hmm, tak per la, aku tak berminat la”

“Yela, dia bukan minat menjadi ahli rakan muda ni., dia minat macam muslimah muslimah yang boring tu..aktiviti dia boring, busana muslimah la, nasyid la, ceramah la.boring la” peril kawan ku di hadapan kawan-kawan ku yang lain.

Hati ini mendengar penuh sabar. Diam tidak bererti aku kalah. Dia mengata sedemikian, bukan sahaja dia membenci aktiviti2 seperti itu, tapi itu sudah seperti tidak sayang islam yang mereka anuti. Aku terkelu dan bermain sendiri kata2 di dalam kota fikiran.


Aku sedar, aku berhadapan dengan orang-orang yang mungkin kurang perfahamanya terhadap agama. Tindakan diam yang sering aku lakukan adalah jalan pintas dari pergaduhan mulut yang mungkin boleh mgakibatkan ikatan ukhwah terjejas. Adalah lebih baik aku diam, dan cuba berdakwah secara berhikmah.

Aku bukan lah sempurna, aku bukan lah dari sekolah agama..tapi aku x kan terlepas dari di tanya kelak tentang tanggunjawab aku. Kerana berpegang pada itu, aku cuba sedaya upaya untuk bergerak memperbaiki sendiri dan cuba berdakwah utk keluarga , sahabat dan sesiapa sahaja.

Aku merasa rendah di sisiMu. Jauhi lah aku dari sifak riak takbur di sepanjang perjalanan aku ini.

Dan aku juga, mahukan apa yang aku katakan dan janjikan, aku laksanakn dengan penuh istiqamah.

Friday, July 11, 2008

Kita Adalah Cermin





“Perempuan Islam kena pakai tudung kan?” Tanya beberapa peserta perempuan India di Kem Seri Perkasa. Pada malam itu saya sedang duduk berbual-bual bersama beberapa orang rakan di dewan makan.

Kami didatangi sekumpulan peserta PLKN India perempuan yang seakan mahu bertanya banyak hal. Dan itu antara soalannya.

“A’ah. Kalau dalam Islam ia dimasukkan dalam kategori wajib yang maksudnya mesti atau tidak boleh tidak buat perkara tersebut. Jadi, semua orang perempuan memang kena pakai tudung tu,” Jawab Zulhaizar kepadanya. Saya sekadar menganggukkan kepala sahaja mengiyakan jawapannya.

“Kalau macam tu kenapa ada peserta perempuan kat bilik kami tak pakai tudung pun bila keluar?” Soalnya pula. Soalannya kali ini sedikit mengejutkan saya. Tidak tahu hendak dijawab bagaimana. Seakan tempelaknya terkena ke muka saya juga.

“Manusia ni walaupun berbeza agama tetapi perangainya tetap sama. Ada yang hendak ikut undang-undang dan ada yang langgar. Samalah macam pelajar sekolah, ada pelajar yang ikut peraturan dan ada pelajar yang tak ikut,” Dan saya harap jawapan ini dapat menjawab soalannya tadi.

Cuma apa yang ingin diutarakan di sini, bukan isu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut. Tetapi isunya adalah jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang rosak bukan sekadar namanya tetapi juga organisasi yang dimasukinya. Mugkin ada sedikit terpantul kepada organisasinya itu.

Begitulah juga dengan agama yang anda pegang hari ini. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Tidak kiralah orang itu agama apa. Tetapi mereka juga memerhati tingkah laku kita.

Dan mungkin jika kita berkelakuan tidak elok, ada jenis yang sekadar mempersoalkannya di dalam hati, tetapi bila sampai ada orang yang mahu mengajaknya masuk ke dalam Islam, jangan hairan jika perkara tersebut yang akan menjadi persoalannya nanti.

Dan andai orang yang melihat jika kita berkelakuan tidak sedap dipandang itu adalah orang Islam sendiri tetapi ragu-ragu dengan keislamannya, mungkin hal ini menjadi lebih parah lagi.

Kita Adalah Cermin

Ada satu lagi kisah yang saya alami semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara dulu. Ada seorang sahabat baik saya seorang lelaki cina, Ng Teng Hong.

“Azree, kamu orang Islam kena sembahyang hari-hari kan?” Saya menganggukan kepala dan kemudian dia menyambung, “Tapi kenapa tak nampak diorang sembahyang pun.”

Itu pandangan seorang beragama Budha terhadap kami peserta Muslim. Kemudian masih dalam perkara yang sama tetapi saya berhadapan dengan peserta lelaki yang beragama Islam pula bila diajak sembahyang sama-sama.

“Kau nak ajak aku buat apa. Tu budak sekolah agama tu, tak sembahyang pun,” Katanya sambil menunjukkan ke arah seorang rakan sebilik. Terasa dengan kata-kata rakan itu, barulah dia sembahyang juga. Tapi, tidak pasal-pasal nama ‘sekolah agama’ juga yang keluar.

Teringat kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya.

Ciri-ciri cermin

Saya cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil. Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan(reflection) yang perlu kita tiru:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.


Kemudian kita lihat pula apa ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:

1. Tidak memilih imej - Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.

2. Boleh berhabuk dan berdebu - Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya.



www.iLuvislam.com
*oleh: Azree Hanifiah

iman ibarat roda

I

Iman ibarat roda sering berlaku apabila aku di sini.---> shah alam

Mungkin persekitaran disini yang penuh dengan tipu daya dunia yg penuh dengan syaitan berupa manusia.

Tapi syukur alhamdulillah, aku sedar dengan surut pasang iman ku..setiap kali mahu ku pejam mata ini, aku berazam untuk menjadikan hari2 esok adalah lebih baik. Sejak pulang ke rumah sewa ini aku asyik kepenatan dengan meeting.

Rasa x berbaloi terdetus dihati tiba2 , kerana bagi ku aktiviti2 yang akan dijalankan kurang memberi impak kepada pelajar2. aku takut nak bersuara.. batas pergaulan juga satu benda yang membuatkan hati aku x senang…adakah ini di namakan ujian utk aku mghadapinya..

Sejak akhir2 ini tangan kanan aku selalu leguh2 ..kkdang aku terfikir ..takut dgn nikmat yang selama ini Allah bagi pada ku..bakal di tarik x lama lagi..selepas aku memikirkannya ..aku jadi bersemangat untuk menaip dan menulis agar nikmat ini aku guna betul pada tempatnya…aku janji x kan main cubit2 manja kat adik2 aku lagi…heheh..rindu….itu lah perasaan yang dapat kugambarkan sekarang…

Aku tertinggal 2 buku catatan yang aku membawanya ke hulur hilir di setiap majlis2 ilmu itu di rumah ku..kalau ada buku itu sekarng , pasti aku seronok membacanya..kerana buku itu adalah sgt bermakna.tercatat ilmu2 yang dicurahkan oleh ustaz2..hmm, nampak gayanya aku perlu wujud satu lagi buku.

Semalam aku pergi library., aku kononnya nak pinjam buku sirah nabi, tapi hasratnya x tercapai..kerana kepenatan dan x tahu arah mana buku itu diletakkan..aku x dapat meminjamnya…sebaliknya aku meminjam buku..HOW TO WRITE.. Huhu..buku tu masih lagi tertutup di atas katil aku..aku nak improve my language n nanti bole membantu aku untuk melakukan assignmemt ..especially , assignment, yang berkaitan untuk summary jurnal..

Iman oh iman…

Mungkin di sini..aku kena kerap membaca dan berdiskusi dengan sahabat 2 yang lbih cenderung pada Islam..agar iman terjaga dan terpelihara

Dan yanga lebih penting, aku seharusnya lebihkan masa di sejadah..JGN HANYA INDAH KATA-KATA ..bangkit dan lakuka..inshaAllah..

..:MENCARI DIRI:.